Saturday, December 6, 2014

Double Birthday ^_^


Assalamualaikum


HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!


Selasa lepas bersamaan dengan 2 Disember hari lahir aku. Siapa sama birthday, jom sep sikit. So tengah malam tu, time aku tidur tiba tiba aku dikejutkan dengan suasana bising dan bilik gelap gelita, rupa rupanya kawan kawan datang bawak KEK OBLONG dengan lilin sekali. Terkejut campur dengan mamai sebab kek sangat unik, at least member masih ingat. Terima kasih kawan kawan.


mu unique cake

Harini pula 6 Disember hari lahir mak aku. So semalam kami sambut dua birthday sekali.


SELAMAT HARI LAHIR MAK!!!


Setelah sekian lama tak makan kek sebesar ni, akhirnya dapat juga makan itupon sebab aku balik rumah minggu ni. Kalau ikutkan tak boleh nak balik sebab banyak kerja menanti isnin ni, tapi terpaksa balik kejap sebab ada hal so alang alang balik, boleh terus sambut birthday aku dan mak sekali.


So tadi pergila beli domino, kfc bucket dan kek cukup untuk 13 orang makan sebab hari ni kami ada kenduri, so dapat sambut birthday dan makan ramai ramai sekali dengan saudara mara. Mula mula nak beli kek mocha, tapi takut budak budak tak makan coffee, so belilah kek oreo vanilla aiskrim dan alhamdulillah kek sedap dan kurang manis.




Mak aku bukanlah penggemar kek sebab rasanya yang manis, tapi kek kali ni aku tengok mak siap tambah banyak kali mungkin disebabkan rasa kek nya yang kurang manis dan sejuk. Nasib baik kek sedap dan ramai puji. Beli dekat Cake Town Kuantan.




So, malam tadi kami dinner dengan juadah western, tersangatlah kenyang dan alhamdulillah dah lama tak sambut birthday dengan mak sekali.




Macam biasa, kek memang tak akan habis segera disebabkan kenyang benda lain. So tinggallah kek yang ada bahagian nama aku..


HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!

Dikesempatan ini, nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan, famili, sanak saudara dan semua yang mengenali diri ini yang mengucapkan ucapan hari lahir buat diriku. Sangat sangat menghargainya dan genaplah aku berusia 22 tahun 4 hari dan bulan depan akan berusia 23 tahun.

OK Thanks for read. Wish me luck for my final year.

6 comments:

Ann Ishak said...

happy belated birthday to u and happy birthday to your mom

nadiah hanum said...

Happy besday...unik sgt letak lilin kat oblong tu...;)

♥ p a a n i ♥ said...

banyaknye makanan! i likeee. hepi besdayyy

Sha Nikitasakura said...

Emm..kek nampak sgt mnyelerakan..happy birthday..smoga murah rezki..

Cinta Zakirah said...

Wahh kek oblong..menarik. Happy Belated Birthday to both of you.

yoorin melacolea said...

rare betul kek roti john tu!!! happy belated birthday!!