Tuesday, December 2, 2014

Inventing Young Inventors Special Edition (IYISE)


Assalamualaikum


Minggu lepas 28-29 November akhirnya berlangsung juga satu satunya program bawah Kelab Inovasi Kolej kami merangkumi program terakhir bagi tahun 2014 dan juga sebagai bukti hasil penat lelah kami dalam mengendalikan program ini. Banyak sangat dugaan dalam menghasilkan program ini yang sepatutnya berlangsung minggu sebelumnya.


Program ini hanya berlangsung selama 24 jam saja bermula dari petang Jumaat sehinggalah berakhir pada petang Sabtu. Program ini pada mulanya untuk pelajar sekolah menengah, tapi terpkasa ditukar pada saat terakhir maka peserta terdiri daripada pelajar UTM sendiri. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan even pada last minute.


our banner

Disebabkan kami nak jimat budget, so banner kami buat sendiri dengan hanya menggunakan kain rentang. Program ini dinamakan Special Edition disebabkan pesertanya memang terdiri daripada AJK Jawatankuasa Kolej Mahasiswa sendiri terutamanya batch baru yang baru sahaja dilantik, so terpaksa mewajibkanlah.




Aktiviti lepbih kepada pemikiran kreatif dan inovasi antaranya mencantum semula komponen kereta mainan, mendirikan menara yang paling tinggi dan stabil menggunakan beberapa batang spagheti, menghasilkan satu produk menggunakan bahan buangan, ceramah tentang inovasi dan lain lain.


kereta mainan


bahan bahan buangan

produk dari bahan buangan

kreatif sangat tengok budak budak ni mereka cipta produk baru dari bahan buangan, sampaikan produk yang tak terfikir pon boleh tercipta antaranya alat pengering, alat mengelakkan mengantuk, bantal alarm, tenaga elektrik mesra alam dan ampaian bergerak.


menara spagheti

ahli kumpulan yang sporting

Pada mulanya takut juga nak suruh dorang join program ni sebab dorang dah ada kem minggu sebelumnya, so terpaksa pula lagi join program ini. Nasib baik reaksi daripada peserta sangat terbaik sebab masih mampu memberikan respon walaupun sangat penat.


senarai hamper untuk setiap kumpulan

Then, SESI BERGAMBAR!!!


bersama peserta dan pengetua kolej


AJK Program IYISE

Pertama kali nak ucap terima kasih tak terhingga kepada para peserta, para ajk, para penasihat, pihak kolej dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tanpa anda semua, tiadalah program ini. Akhir kata majulah inovasi untuk negara.

Lepas program dah tamat, bolehla fokus pula kepada buat semua assigment dan report yang perlu dihantar minggu ni. Thanks for read

3 comments:

luqman zakaria said...

oklah tuh dorang pon sporting nk join..btw cantek banner tuh..hebatlah buat sendiri.

E'in said...

nie mcm program reka cipta ea? btw banner tu cantik even korang gune kain rentang je. kreatif. :)

CintaHati Lina said...

Kreatif la semua..rekacipta yang memberi inspirasi untuk semua....tahniah...

Salam perkenalan dari mommylina