Monday, December 29, 2014

TRIP: Universal Studio Singapore Pt.1


Assalamualaikum

Since aku dah last sem di UTM before praktikal insyAllah, so dah lama pendam impian nak pergi USS juga suatu hari nanti sebab rugilah kalau student UTM sendiri pon tak pergi lagi USS padahal dekat saja. Akhirnya study week 24 Disember lepas tercapai juga impian ke sana. Memang kelam kabut jugalah nak uruskan tiket uss, tiket bas lagi sebab last minute kan.


tiket USS




So pergilah kami 2 orang, itupon nasib baik ada orang teman, sebab mostly kawan kawan semua balik time study week, kawan kawan yang tak balik pula tak nak pergi. So nasib baik ada Kath yang ajak last minute terus nak pergi.


abang kaunter tiket

Since kami pergi sehari sebelum krismas, memang semua staf uss pakai baju krismas dan topi, santa claus dan salji tipu pon ada. Memang best, yang paling menarik staf setiap permainan akan baju ikut tema permainan, comel sangat.Dalam USS ni ada 7 tempat permainan, disebabkan banyak gambar, jadi akan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Setiap tempat ada permainan yang best sesuai untuk dewasa dan kanak kanak.


NEW YORK 


Antara show ialah Lights Camera Action dan game Sesame Street Spaghetti Space Chase.


salji tipu




Masuk masuk uss, terus feeling dekat negara barat dengan suasana, muziknya dan pelancong pon mostly mat salleh dengan salji tipu yang turun. Then, kami ada main permainan Sesame Street Spaghetti Space Chase, sweet saja game tu.


sesame street souvenir shop


SCI-FI CITY


Antara game ialah Accelerator dan Transformer The Ride: The Ultimate 3D Battle




Jalan jalan lagi akan jumpa dengan Sci Fi City yang ada Transformer 3D. Serius ni first time aku pergi taman tema siap kena beratur untuk ambil gambar dengan maskot atau patung. Bukan setakat kena beratur, malah siap ada barisan untuk beratur. Mula mula ingat beratur nak main, rupanya nak bergambar.


Seriusly aku tak pernah tengok movie Transformer, tapi sejak kami main game ni, terus rasa nak tengok movie tu. Game Transformer memang best seolah seolah kita yang berlawan dengan alien tu. Sanggup kami beratur 2 jam nak main Transformer, nasib baik berbaloi. So, aku suggestkan korang kalau nak pergi USS, better beli Ekspress Card sebab tak payah beratur lama sangat nak main dan staf akan dahulukan express card member.




Tapi sayangnya tak kesampaian nak main roller coaster yang hebat ni sebab tutup, kebanyakan aku baca blog yang dah pergi, mostly roller coaster tutup. Tapi nasib baik permainan yang lain pon mencabar juga. Surau betul betul sebelah roller coaster ni, tapi aku nasihatkan korang bawa telekung sendiri atau pakai pakaian yang boleh bawa solat sebab surau dia kecil sangat.


ANCIENT EGYPT


Antara game ialah Treasure Hunters dan Revenge of the Mummy




Lupa nak ambil gambar suasana mesir dan firaun. Tapi yang bestnya korang mesti cuba main Revenge of The Mummy, sebab best sangat. First time aku main roller coaster dalam keadaan gelap gelita, even orang sebelah pon tak nampak, rasa macam kita main seorang diri. Boleh katakan roller coaster berhantu jugalah.


THE LOST WORLD


Antara game ialah WaterWorld, Canopy Flyer, Dino Soarin, Amber Rock Climb dan Jurassic Park Rapids Adventure. Time kami pergi, kami sempat tengok show tentang lanun, sangat best dengan lakonan nya yang real.








Sebenarnya nak sangat main water world sebab time kami pergi cuaca panas tau,so kami nak sangat main air sebab dapat sejukkan badan kami. Tapi masalahnya tak sempat nak main sebab petang tu hujan, so banyak mainan dah tutup sebab takut bahaya. So kami main yang Dino Soarin yang bawah ni, nampak simple tapi sebenarnya laju juga.




Ada lagi 3 tempat yang masih belum diceritakan dan akan bersambung dalam next entri disebabkan gambar terlalu banyak. By the way, tadi Alhamdulillah kami dah selesai paper pertama walaupun agak susah sebenarnya, minta minta paper seterusnya lebih mudah.

OK Thanks for read.

2 comments:

timm bill said...

bestnya, kenapa mcm cuti ni rmai gila yg g sana..jeles3!

Najib Ariyan said...

Salam kenal dan salam singgah...

SELAMAT TAHUN BARU 2015

semoga tahun mendatang akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... aminnnn

dulu pernah pegi jugak USS tu tapi tak naik roller coaster tu sebab gayat... member yg naik kata sakit leher sebab terlalu laju