Tuesday, December 30, 2014

TRIP: Universal Studio Singapore Pt.2


Assalamualaikum

Kami bertolak dari UTM pukul 7.30 pagi dan bas terus ambil penumpang lain di stesen bas lain. Sampai USS dalam pukul 11 pagi jugalah lepas imigresen semua. Cakap pasal imigresen, nasib baik aku sempat renew passport hari sebelumnya sebab terlupa passport dah tak cukup enam bulan. So kita bersambung ke tempat seterusnya iaitu di Far Far Away, Madagascar dan Hollywood.


FAR FAR AWAY


Antara show dan game ialah Enchanted Airways, Shrek 4D Adventure, Magic Potion Spin, dan Donkey Live. Dalam banyak banyak tempat, far far away lah yang paling comel sekali tempatnya, rasa macam masuk castle.




shrek souvenir shop

Kami sempat main Magic Potion Spin dan Enchanted Airways, roller coasternya walaupun sekejap tapi tetap mencabar dan best. Kami juga sempat tengok Shrek 4D Adventure, memang real.




MADAGASCAR


Antara game ialah Madagascar: A crate Adventure dan King Julien's Beach Party-Go-Round


dining area

Kami sempat main Crate Adventure dimana kita berakit dengan sekelilingnya ada haiwan haiwan dan main King Julien Beach Party di bawah ni, macam naik kuda dekat fun fair.




HOLLYWOOD


Antara show ialah Sesame Street Saves Christmas, festive special untuk musim krismas tapi tak sempat tengok.




buble snow




Disebabkan kami nak jimat kami hanya bawa bekalan roti, air dan makanan lain untuk dimakan tapi masih tetap beli makanan dan minuman dekat sana juga. Nasib baik USS masih benarkan pengunjung bawa makanan dari luar.




Toilet dekat uss memang banyak, boleh katakan setiap permainan mesti ada toilet. Tapi buat kita orang islam yang dah biasa berinstinjak guna air, disarankan kalau pergi negara bukan Islam bawalah botol air kosong untuk bersuci. Sebab memang semua toilet kebanyakan tak ada air, hanya guna tisu.

ok Bersambung entri seterusnya di kedai kedai comel

4 comments:

lia ummiirfan said...

bestnyaa.. teringin nak bawak anak-anak akak ke sana.. tq share info dear.. :))

Ahmad Zaki said...

Lawa. Dulu saya pergi masa tahun 2011 rasanya. Mcm ada perubahan juga tempatnya.

ZH Blogger

zarulfarhana said...

bestnya...

aduh xleh la ngan toilet mcm ni

nurawanees said...

best2..!!!teringin nak p...total budget semua brape ek??