Tuesday, December 16, 2014

Viva Week

Assalamualaikum


Suka sangat hari tu masih lagi dapat kek birthday dari kawan pada 8 Disember lepas. Cukup cukup bermakna, 


Terima kasih Chena dan Atin.. ^-^ 


Sekarang kami berada di minggu terakhir sebelum study week dan juga merupakan minggu VIVA pembentangan Final Project kami. Sangat debar dan excited menunggu giliran viva sebab bila dah berakhir viva, menandakan dah boleh bukukan tesis, exam dan praktikal time. 


Hepi Belated Day to me

Cakap pasal VIVA sepatutnya aku pagi 15 Disember, tapi terpaksa dipostpone last minute pada petang 16 Disember, agak kecewa jugalah sebab kalau boleh semua orang nak habis cepat kan even semalam pon memang dah bersedia sangat sebab hari first kan, tapi tak apa mungkin ada hikmah di sebaliknya.


kami berdua kena postpone tarikh VIVA

Bawah ni kawan aku dah selamat VIVA dah, dah tak payah nak fikir dah. Tahniah Fiza dah lepas, jadi orang pertama pula tu, dapat pula dengan examiner baik.


fiza calon viva pertama

Boleh dikatakan semalam mostly student kena postpone last minute disebabkan ada lecturer yang masih outstation.


Good Luck kawan kawan


doakan kami viva hari ini

Cakap pasal praktikal pula, Alhamdulillah aku dapat tempat praktikal di area rumah di Kuantan. Memang sengaja nak dekat dengan rumah sebab dah malas duduk Johor sakit sakit punggung duduk dalam bas 6 jam lama. haha. Lagi satu, lebih dapat menjimatkan perbelanjaan duduk rumah parents.


Agak kecewa jugalah masa nak apply tempat praktikal sebab kebanyakan company semua tolak sebab kami apply lambat dan mostly company dah hire budak praktikal. Company yang aku dapat ni pon pada mulanya aku direject, tapi dapat diberi peluang kedua di saat saat akhir.

OK thanks for read. pen off

3 comments:

Nini Hanini said...

Bestnya dapat praktikal dekat dengan rumah, I wish one day, I'll get the same chance. Best of luck for everything! Btw, harap tak terlambat, happy birthday! :D

SalbiahM said...

good luck for your Viva n hepi belated birthday ;)

Iola said...

goodluck :D mesti lega sungguh dah habis viva..hehe