Sunday, December 7, 2014

Wedding at Bukit Goh


Assalamualaikum


Semalam attend kenduri kahwin belah isteri Pak Su dekat Bukit Goh. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi kedua dua pengantin. Pak Su orang Kedah dapat pula jodoh orang Pahang. Sampai sampai dalam pukul 12 tengah hari terus berlangsungnya pernikahan beserta kenduri selepasnya. Muda lagi Mak Su rupanya sebaya dengan abangku


Masuk rumah pengantin terus tertarik dengan hiasan pelamin yang simple dan menarik. Dengan hanya menggunakan langsir sebagai dekorasi belakang dan kerusi biasa, yang nampak menariknya sebab dihiasi dengan bunga bunga hiasan sekitarnya dan bantal bantal bercorak menarik sesuailah dengan perkahwinan yang simple.


nica and simple pelamin

Macam biasa kami yang famili ramai perempuan dan masih belum berkahwin akan ditugaskan untuk membawa barang barang hantaran berupa gelang, chocolate, beg tangan, wang hantaran, dan telekong. Hantaran dari pihak lelaki sebanyak 5 dulang dan berbalas dengan 7 dulang oleh pihak perempuan.


hantaran yang menarik

Ramai sangat saudara mara meraikan perkahwinan kedua dua pengantin, suka tengok live orang nikah, rasa macam kita yang nikah sekali.


sebelum nikah

Lepas nikah, terus kami makan lauk kenduri dan seterusnya sesi bergambar.




emak bersama flower girl

Akhirnya selamat sudah semuanya dan bertambahla ahli keluarga baru.


new famili

Perkahwinan terdahulu Pak Su dikurniakan 5 orang anak manakala perkahwinan terdahulu Mak Su dikurniakan seorang anak. Ok Pak Su dan Mak Su Selamat Pengantin Baru , Semoga berbahagia hingga ke Jannah dan dikurniakan keluarga sakinah.

Harini balik UTM.. wish me safe

6 comments:

lynndamya said...

Salam, yeah! pelamin mcm ni lah yg sy nak buat! simple gila dan mmg bajet rendah...bestnya, bagus lah diorg dpt bersederhana dlm benda2 cmni..best2! :D

Murni Mohd Yusof said...

blogwalking here :)


mohon berikan sokongan kepada entri saya, berikan LIKE dan G+. http://murnimohdyusof.blogspot.com/2014/12/jom-aktifkan-mykad.html

aquarius morius said...

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur

The Tukang Taip said...

Baju pengantin perempuan simple tapi lawa. Inspired!

hanisah mat azit said...

selamat pengantin baru... semoga berbahagia selalu....

Iola said...

comel ja, semoga diberkati perkahwinan :) insyaallah