Monday, January 12, 2015

End of Semester 7


Assalamualaikum


Alhamdulillah semalam berakhir juga exam untuk sem ni. Rasa macam tak sabar sangat menunggu hari terakhir exam. Lepas exam, macam biasa sesi bergambar sebab lepas ni kami intern dan akan berjumpa semula masa konvo nanti InsyAllah. Selesai bergambar sedikit demi sedikit kawan kawan menghilang pulang ke rumah bersama keluarga dan ada yang pulang sendiri. 




Selamat Berintern semua. 
Terima kasih atas semua memori tercipta sepanjang kita bangun dan jatuh selama almost 4 tahun di bumi UTM ni. Ampun maaf dipinta buat semua dan semoga kita dipermudahkan urusanNya. 


Selfie sikit

kami dah habis paper!!

Since dah habis paper, tapi still tak boleh balik lagi sebab projek akhir aku masih belum siap. So nak tak nak kena siapkan dulu. UTM ada buat Misi Sukarelawan Banjir di negeri yang terjejas, teringin sangat nak join tapi tak kesampaian sebab kami kena buat preparation untuk intern nanti. Dan sekarang dah kena packing barang sebab nak angkut semua bawa balik rumah..

Ok. Selamat menjalani peperiksaan bagi sesiapa yang masih belum settle dan selamat memulakan alam persekolahan. 

1 comment:

Najib Ariyan said...

leganya dah habis kan... dulu saya kat UTM juga... tapi lama dulu lah... nice place to study...