Friday, January 2, 2015

Highlights of 2014 ^-^


Assalamualaikum


Good Morning, next paper kami 6 Jan so sebelum study nak recall dulu la kenangan manis yang berlaku sepanjang 2014. Banyak sangat kenangan yang berlaku sepanjang tahun lepas melibatkan sem 6 dan sem 7 di UTM. Alhamdulillah diberi peluang untuk merasai nikmat manis bersama kawan kawan dan family.


#UTM Aspirasiku


Bulan februari lepas, kami berpeluang jadi ajk untuk program bersama pelajar sekolah menengah dari Grik. Program ni berlangsung selama 4 hari dimana pelajar dibawa ke UTM dan sekitar JB supaya dapat menaikkan semangat mereka untuk belajar rajin rajin dan dapat masuk IPTA. Yang paling best mereka ni ceria saja, tak nampak letih pon.





#BFF


Paling best sekali bila kawan baik datang UTM untuk temani aku sepanjang awal study week sem lepas. Tak sangka sangat sebab kami memang dah lama nak jumpa tadi tak pernah menjadi sebab masing masing berbeza cuti. Akhirnya my bff datang dan bawa berjalan sekitar UTM dan Johor Bahru. Thanks Nadia ^_^




#College Dinner


First time berpeluang menjadi ajk Malam Permata Gemilang dan handle satu program dinner untuk kolej bawah unit penyertaan. Rupanya baru tahu complicated juga nak realisasikan dinner yang bertemakan HAWAII supaya dapat memberi kepuasan kepada student. Thanks guys sudi join dinner kolej.




#Short Trip 1


Awal sem lalu, kami berpakat nak pergi berpicnic di Batu Layar dan Tanjung Balau. Sebelum ni memang selalu berpicnic tapi cuma sekadar di Tasik UTM dan tasik berdekatan UTM. Kali ni pergi jauh sikit di area Desaru. Serius cantik pantai kat Johor, sangat berbeza dengan pantai timur




#Short Trip 2


Bulan 10 lalu, sekali lagi kami berpakat nak pergi jalan jalan di Singapura alang alang passport masih valid lagi. So pergilah kami menghabiskan seharian di Merlion Park, Bugis Street, Sentosa, Malay Heritage dan lain lain kecuali USS sebab kami nak shopping so memang tak sempatlah nak masuk USS.




#Mid Sem Break


Cuti mid sem lepas, disaat semua kawan kawan balik, kami berdua tak boleh baik sebab ada program kena uruskan bawah kelab kami. So disebabkan tak balik, kami pergilah lari kejap ke KL untuk berjalan jalan sekitar Taman Layang Layang, Batu Caves, KL Festival dan Putrajaya. Dapatlah rasa free sikit duduk luar UTM.




#My Birthday


Bulan yang paling best setiap tahun bagi aku mestilah bulan Disember sebab hari lahirku. 2 Disember lalu alhamdulillah genap 22 tahun hidup dan terima kasih atas ucapan semua. Baru rasa cukup 22 tahun tiba tiba sekarang dah 23 tahun, wah cepat betul masa berlalu.




#Classmates Dinner


18 Disember lalu selepas viva, submit research selesai kami pergi dinner di Restoran Tom Yam Ramai Ramai. Sangat best dapat spent malam tu bersama kawan kawan. Dah lama dah plan nak makan sama, Alhamdulillah menjadi juga. Lepas dinner, maka bermulalah study week kami.





#Short Trip 3


Akhirnya tercapai juga wishlist aku nak pergi USS pada cui study week lalu. 24 Disember lalu pergilah kami berdua menghabiskan seharian di sana. Tak dapat pergi ramai ramai sebab tak semua ada time study week, ada yang balik dan ada yang ada komitmen lain. Memang tak puas sangat main, rasa macam nak pergi lagi. :)




Banyak lagi, tapi disebabkan dah malas nak ingat balik so just highlight yang penting penting saja untuk 2014. Di harap 2015 ni membawa banyak kebaikan dan lebih baik dari tahun sebelumnya insyAllah. Selamat tahun baru u guys.

K Thanks for read, Good Luck Exam

4 comments:

Ann Ishak said...

happy new year 2015

Aziey said...

Gambar kat tepi pantai ngan kat padang tu pakai camera apa ? nice lah.. =P

acu yuhan said...

fon lenovo saja ;)

At-Tarmizi said...

best lah =)