Saturday, January 17, 2015

Life Updated III ^-^


Assalamualaikum


Alhamdulillah selamat sampai rumah tadi pukul 7 petang. Sampai sampai rumah terus serbu tengok kucingku yang sakit lumpuh sebab busung, Aswad memang tak boleh bergerak sangat, makan minum pon tak nak. Aswad bukan jenis bunyi suara, tapi sejak sakit ni dia bunyi pula, nampak sangat dia tengah tahan sakit sampai bunyi suara


Sedih sangat tengok kucing kita yang dulu aktif dan berselera kini lemah hanya mampu duduk atas tempat khas yang kami sediakan. Dah bawa jumpa veterinar, tapi memang penyakit ni tak ada penyembuh. Masuk kali ni, ini dah kucing kedua kami yang sakit busung, hanya mampu tengok sajalah dan bagi makan ubat.


sedih tengok Aswad




Sebelum balik, Alhamdulillah dah settle semua Projek Sarjana Muda kami dan akhirnya projek yang kami kerjakan selama setahun dapat dijilidkan. Rasa puas hati sangat bila dapat tengok dan pegang hasil kerja kita. Semoga dapat result yang cemerlang InsyAllah.




Akhirnya siap :)

By the way, tadi masa on the way balik kuantan, singgah minum petang kejap dekat Rompin. Baru first time makan ABJ. Sedap juga air batu jagung ni nak nak kalau makan tengah panas. Yummy. Balik cuti ni ada seminggu saja sebelum intern minggu depan. Nak kena medical check up lagi, hope dipermudahkan urusan semuanya.


ABJ dan ABC

OK Thanks for read ^-^ 

3 comments:

TunSha Ayunie said...

Sedih tengok muka Aswad tu... kalau kita pun rasa sakit gak.... :(

nadiah hanum said...

Kesiannya kucing tu...first time dengar kucing kena busung...salam kenal dari http://nadiah245.blogspot.com

zarul farhana said...

aswad mcm nma adik saya heheheh..

tahniah ya