Wednesday, January 14, 2015

Our Semester Break


Assalamualaikum


Hari ni 14 Januari, sebelum tu nak ucap Happy Birthday to my sis, Sweet 25. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirat. Amin


SELAMAT HARI LAHIR KAK TEH!!! 


Semalam lepas dah siap semua benda, kami 3 orang yang masih terkandas di UTM ni berpakat nak jalan jalan di sekitar UTM. Mula mula rasa macam mustahil la nak pusing satu UTM jalan kaki, tapi rupanya tak mustahil pon sebab tak rasa pon letihnya ditambah pula dengan bersembang dan bergambar sekali


Gambar kat bawah ni dah lama dah jadi idaman nak bergambar di tengah jalan sambil diteduhi dengan pokok pokok redup dibelakangnya. Akhirnya selepas jenuh menunggu kereta tiada, sorang jadi polis traffic tengok kereta, sorang jadi camerawoman dan sorang get ready bergambar, dapat juga bergambar.


nasib baik ada lorong bas, so tak adalah bahaya sangat

Then, kami jalan jalan lagi sampailah ke centre UTM, memang cuaca semalam panas sangat tapi nasib baik angin kuat. Lepas tu jumpa pula dengan rangka pokok di bawah ni. Tengok punyalah panas, sampai semua daun pokok gugur. But nicelah.




Berjalan lagi kami sampai ke Centre Student Innovation dan UTM landmark. 




gee dan yana

Next, kami pergi Pusat Kaunseling UTM. Bergambar di sudut kanak kanak dan Taman Refleksologi sekitarnya. Serious sedap sangat pijak atas batu sakit tu sebab rasa terus sampai ke otak sakitnya, maklumlah dah lama tak exercise.


senyap senyap masuk dalam tanpa orang sedar.


sangat best

So dalam pukul 12 kami pulang ke kolej kediaman dan rehat. Petangnya pula kami keluar dalam pukul 5 untuk ke Pasar UTM. Lepas ke pasar, kami terus berpicnic di Tasik UTM belakangnya. Ramai sangat orang tapi best, nasib baik cuaca baik.


pisang goreng cheese, rojak buah, apam balek, lontong, bubur, laksa, 
Alhamdulillah berjaya juga misi kami ronda satu UTM. Boleh katakan benda yang kami tak dapat buat, kami akan cuba penuhi sebelum balik nanti. Ingatnya semalam nak naik kuda, tapi ramai sangat orang so postpone dulu. Inipon baru separuh UTM kami jalan, belum sampai ke hujung lagi.

OK Thanks for read ;) :)