Tuesday, January 20, 2015

RECIPES: Potato Bun


Assalamualaikum


Semalam belajar buat Potato Bun dengan kakak, sementara masih dirumah sebelum start praktikal nanti, so manfaatkan masa dirumah dulu. Potato Bun kalau beli memang sedap nak nak kalau rotinya yang lembut tu dan manis. Agak leceh jugalah nak buat sebab penat nak uli doh. Tapi nasib baik ada bread maker, so dapat ringankan beban


Bahan bahan

Bahan Bahannya


500g tepung gandum, 5g yeast, 100g mentega, 2 sudu besar susu tepung, 2 sudu besar gula, 1 sudu kecil garam, 4 biji kentang sederhana saiz,  




Cara buat doh:


1) Kupas kulit kentang, potong kecil dan rebus kentang sehingga empuk

2) Dah lembut, lenyek kentang sehingga hancur

3) Dalam masa yang sama, rendam yeast ke dalam 1/4 cawan air suam dan masukkan gula. Tutup dan biarkan yeast membuih

4) Masukkan tepung, garam, gula, susu, dan mentega (sukatan boleh tengok kat bahan bahan di atas)

5) Gaul sebati semua bahan di atas sehingga tepung tidak melekat dan boleh dibentuk

6) Masukkan doh ke dalam bread maker beserta kentang yang dilenyek selama 1 jam 30 minit. Kalau tiada bread maker,bolehlah uli sampai doh sebati dan kembang

7) Dah siap adun, tuang doh ke dalam bekas dan uli lagi sehingga angin keluar dan mudah dibentuk

8) Bentukkan doh menjadi bulat dan letakkan di atas loyang

9) Biarkan seketika sehingga doh mengembang dan melekat antara satu sama lain. 




Cara buat topping:


1, 2, 3, 4) 

Dah kembang, kita hias pula bun dengan kuning telur dan cheese. Kalau ikutkan resepi asal sepatutnya letak tepung kastard kuning dekat atas bun, Tapi kami letak cheese atas roti. Sapu permukaan doh dengan kuning telur, kemudian susun cheese yang dipotong panjang. Dah hias, bakar adunan pada suhu 180C selama 20 minit, bergantung pada oven masing masing.


SIAP!!!




Disebabkan potato bun kami kurang manis, so sangat sedap dimakan panas panas sambil cicah kopi dan cicah dengan susu pekat untuk santapan petang.



OK Selamat Mencuba. Thanks for Read

3 comments:

zarul farhana said...

nmpk menyelerakan..tlg pos satu

dorsett pink said...

Wahh! Pandainye awak buat bun. Melting je tengok

dorsett pink said...

Wahh! Pandainye awak buat bun. Melting je tengok