Friday, January 23, 2015

RECIPES: Roti Sosej Pintal


Assalamualaikum


Semalam tersalah bahan, ingat nak buat Macaroni Bakar tapi tak cukup bahan. Lepas dah rebus kentang semua baru perasan yang tersalah resepi. So disebabkan tak nak membazir so kakak aku pon ajar buat Roti Sosej Pintal menggunakan kentang lenyek, kelebihan guna kentang ni supaya doh tu lebih lembut dan manis.




Bahan bahannya:

1 paket sosej, 1 sudu teh garam, 2 sudu besar gula, 1sudu besar susu tepung, 5g yeast (tak rendam), 300g tepung gandum, 100g mentega, 400g kentang yang dah dilenyek (4 biji kentang sederhana)




Cara buat Doh:


1, 2, 3, 4, 5, 6) 

Rebus kentang sampai empuk. Lenyek kentang sampai hancur. Masukkan tepung gandum, yeast, gula, garam, susu tepung, mentega dan kentang dalam bread maker. Biarkan adunan bancuh selama 1 jam 30 minit. Kalau tak ada bread maker bolehla buat senaman tangan uli sendiri.




Cara pintal doh:


A, B, C, D, E, F )

Ambil sebulat doh, leperkan, letak sosej didalamnya dan lipatkan, kerat sosej gunakan pisau, tarik bahagian sosej selang seli supaya bersilang dan kemaskan.




Cara buat roti gulung:


G, H, I, J, K, L )

Ambil sebulat doh, gilingkan doh supaya panjang, ambil sosej dan lilitkan sampai memenuhi sosej, dah siap biarkan seketika doh supaya kembang, Bakar pada suhu 180C selama 20 minit bergantung pada oven masing masing.


SIAP!!!






Untuk roti sosej ni, memang sengaja tak rendam yeast sebab kentang lenyek akan keluarkan air sendiri masa kita uli nanti so kalau letak air rendaman yeast takut terlebih air pula. Tapi kalau nak rendam yeast pon lagi bagus tapi kurangkan kentanglah. Disebabkan kami guna yeast kering, so doh tak mengembang sangat sebelum bakar, tapi doh mengembang waktu bakar.

Sedap dimakan panas panas bersama sos di waktu petang. Ok Thanks for Read

3 comments:

zarul farhana said...

wahhh sgt rajin

Liyana said...

nampak sedap :)
rajin awk..

Nur Inani said...

pandainyaa buat roti. hari tu saya buat roti jadi crusty :(