Tuesday, February 3, 2015

Leen's Big Day


Assalamualaikum


Alhamdulillah dah masuk minggu kedua praktikal, so far so good masih lagi dalam proses mengenal semua staf. Minggu lepas classmate kahwin, tak attend pon sebab majlis buat hari Ahad, so memang taklah nak pergi KL lagipon esoknya dah kerja. So sebelum habis sem lepas, aku memang dah bagi awal awal hadiah kahwin at least dapatlah mewakili aku.


Walaupun tak dapat pergi, tetap juga nak update nak letak gambar Leen sebab suka tengok orang kahwin. Pernikahan berlangsung pada 31 January, kenduri pula pada 1 February. Masa sem lepas lagi time exam, memang dah nampak leen busy ulang alik KL-JB nak uruskan hal kahwin dia. Alhamdulillah semuanya dah selesai.




Nice je nampak persalinan Leen waktu nikah. Putih dan Pink



Tahniah Leen

Majlis Persandingan pula dilakukan di Dewan. Cantik pula tengok pelamin, besar mengalahkan pengantin. Best kan buat kat dewan sebab tak adalah rumah bersepah sangat nak kemas time kenduri. Baju pengantin pon cantik oren dan silver. Akhirnya bersatu juga pengantin ni sebab dah lama dah leen dan pasangan kenal.






Classmate yang dapat hadir pon kawan kawan yang intern dan tinggal di sekitar KL dan Selangor. Baguslah at least ada juga kawan kawan datang. Yang tak sangkanya bila tengok gambar, ada juga kawan foreigner kami yang datang ke kenduri Leen. 

Bridesmaid

Oklah sedikit ucapan untuk Puan Syazleen Syafiza,


SELAMAT PENGANTIN BARU, MOGA DIKURNIAKAN KELUARGA YANG SAKINAH, BERBAHAGIA HINGGA KE SYURGA, DAN DIMURAHKAN REZEKI YANG MELIMPAH RUAH.


Tahniah Leen dan suami

Malas sangat nak buat log book sebab log book online, tapi kalau update blog rajin pula. ok Thanks for read ;)

2 comments:

Syira Lokman said...

manisnyaaa...lahaiii

Imran said...

Cantik pemandangan gambar yang bawah tu