Saturday, March 21, 2015

RECIPES : Karipap Roti Scramble Egg


Assalamualaikum


Weekend ni tak pergi mana mana, punyalah tak tahu nak buat apa, ingat nak try masakan baru tapi tak tahu nak masak apa sebab bahan bahan kat dapur lepas kenduri minggu lepas semua dah habis, even beras dan telur pon rasanya lepas untuk esok lusa saja kot. So pergilah google resepi yang senang dan mudah menggunakan bahan sedia ada. Maka terkeluarlah resepi Karipap daripada Roti. Oleh sebab roti masih belambak lagi dan telur lebihan kenduri pon ada. So trylah buat Karipap Roti Scramble Egg.


Bahan Bahan:

Roti, telur 2 biji, 1 biji bawang merah, lada hijau dan merah, lada sulah, planta/marjerin, dan garam




Inti Karipap


Cara Cara:

a) Basuh dan pecahkan telur. Oleh sebab telur ayam tak cukup so terpaksa guna telur puyuh sikit.

b) Kacau sebati. Masukkan planta dan garam

c) Masukkan lada hitam / lada sulah

d) Masukkan bawang merah

e) Masukkan lada hijau dan merah

f) Gaul sebati

Karipap


Cara Cara:

a, b, c, d, e, f) 

Panaskan minyak, masukkan telur yang dibancuh tadi dan sentiasa kacau supaya telur hancur. Ambil roti, potong bahagian tepi dan lenyekkan. Guna acuan karipap dan masukkan inti, lekatkan roti dengan bancuhan TEPUNG GANDUM supaya tidak terbuka. Kemudian goreng api perlahan.


SIAP!!!






Sebenarnya lagi sedap kalau buat inti kentang betul, barulah rasa karipap sangat.




Memang simple tapi amat rumit bila aku buat. Ini kali ketiga buat baru jadi sebab hangitlah, roti terbukalah. Alhamdulillah nasib baik tak putus asa di tengah jalan. Jangan risau resepi di BLOG ACUYUHAN ni semua mudah mudah saja sebab tuannya pun malas nak buat yang complicated sangat.

Thanks for read.

2 comments:

Kopiolimauice said...

senang la bleh try nampak sedap n senang

ezyra daniel said...

nampak macam senang tapi roti tu mesti slalu buka