Monday, March 16, 2015

Kenduri 15 Mac


Assalamualaikum


Semalam 15 mac ahad lepas kenduri abang, ahad tu cam biasalah kena kemas rumah basuh periuk belanga semua. Lepas zohor terus bergegas ke kenduri kawan di Beserah. Majlis perkahwinan 2 pasang mempelai. Agak segan juga nak pergi sebab kawan laki kan tak berapa nak rapat, tapi pergi saja nak memenuhi jemputan.




Lepas makan kenduri, terus masuk jumpa pengantin dan mata terus terpancar pada pelamin yang besar dan cantik dengan kombinasi warna yang menarik. Bagus kan buat pelamin besar barulah syok bergambah ramai ramai. ala ala timur tengah sikit pelamin








Time tu budak perempuan kami 4 orang saja. Malu juga sampaikan rasa nak patah balik tapi masing masing dah besar so buat slumber saja sebab perut dah berbunyi. Lagipun waktu buka sem, memang ramai tak dapat attend. Tetamu pun tak ramai yang datang so syokla kami berlama lama bergambar.



Akad nikah

Memang ramai member member sekolah dah kahwin, tapi mostly perempuanlah. Lain pula yang ni kawan laki pula yang kahwin muda. Alhamdulillah jodoh dah sampai. Suka tengok pengantin berseri seri dan bersederhana saja.


Sedikit ucapan buat raja sehari

SELAMAT PENGANTIN BARU KHUNAIS DAN PASANGAN. SEMOGA DIKURNIAKAN KELUARGA SAKINAH, DIMURAHKAN REZEKI, DAN BAHAGIA KE JANNAH.

penat kenduri tak habis lagi, harini dah kerja. Aduh.

No comments: