Thursday, March 26, 2015

Kenduri 22 Mac


Assalamualaikum

22 Mac lepas pergi attend perkahwinan anak kawan ayah kat Lakum. Maklumlah kalau dok rumah memang kena ikut semua aktiviti parents, lol. So pergilah kami memenuhi undangan. Sampai sampai terpampang banner, senang nak detect rumah pengantin.




Yang syoknya kenduri ni kami dijamu dengan lauk makan tengahari, memang sedapla antaranya gulai daging, gulai nangka, ikan masin, belacan dan sayur kangkung, tu yang best sebab masakan rewang. Kami datang agak awal so makanan memang panas dan ditambah pula dengan sambal yang pedas, memang berapilah kami. Makanan sampingan pula antaranya rojak buah, sangat rare orang buat rojak, mihun sup dan bubur kacang hijau.


Masakan kampung

Aku kalau pergi mana mana kenduri memang akan tengok pelamin dulu kalau ada sebab selama kenduri kat rumah kami, tak pernah ada pelamin, jadi kami cuma bergambar di meja santapan pengantin saja. So dapat tengok orang punya pon jadilah. 


pelamin yang cantik

pengantin

Yang paling best time kenduri mestilah parents sebab dapat jumpa kawan lama dulu masa kami duk jerantut dan sanak saudara. So mak pon apalagi dengan pantasnya menyuakan fon suruh ambil gambar. Hehe


mak diapit kawan lama


Aku suka pergi kenduri kahwin selagi boleh pergi sebab takut nanti kalau kenduri sendiri tak ada orang datang. Itulah pesan mak kalau malas pergi kenduri walaupun depan rumah. Haha


Untuk pengantin Selamat Menempuh Hidup Baru bersama, dimurahkan rezeki, dikurniakan keluarga sakinah dan berbahagia hingga ke Jannah. AMIN

Ok thanks for read

No comments: