Saturday, March 7, 2015

Kisah Tuah


Assalamualaikum


Pejam celik pejam celik dah sebulan lebih aku intern dan lagi 4 bulan lagi sebelum habis intern. Tak sabar nak habis praktikal, tapi report, log book tak buat lagi. Adoi. Khamis lepas balik kerja, kecoh rumah kami dengan berita kehilangan kucing kami Tuah. Puaslah kami cari sampai ke luar rumah. Yang peliknya bila kakak aku panggil Tuah, dengar ada menyahut tapi tak tahu kat mana sampailah sahutan tu betul betul dikenal pasti bawah pokok.


Rupa rupanya:




Tengok gambar kat atas, perasan tak ada makhluk putih tengah tengah tu, rupanya Tuah ada kat atas. Terkejut kami sebab sebelum ni tak pernah pula Tuah panjat pokok setinggi ni. Pokok ni kalau kukuh, dah lama kami panjat, tapi masalahnya pokok kat taman kan semuanya tinggi dan halus. Memang tak beranilah. 


Tak nampak lagi, jom kita zoom lagi:


awak kat mana, awak kat mana??

Yang nak tergelaknya campur dengan nak marah, sebelum jpa sampai kami cuba nak sambut Tuah dengan kain selimut sebab nampak dia asyik bergerak kat atas. So tiba tiba kami nampak ada benda jatuh, cepat cepat aku dan kakakku buka selimut dan cuba tadah rupanya bukan Tuah yang jatuh tapi TAHI TUAH. Ya Allah time tu nak tergelak sangat sebab sempat lagi berak walaupun kat atas.




Nak tak nak terpaksalah kami telefon jabatan pertahanan awam. JPA sampai pon lewat juga dalam pukul 8 malam. So memang susah jugalah nak selamatkan kucing waktu malam. Peralatan yang digunakan lampu, baldi dan kain untuk letak kucing dalam tu. Nasib baiklah Tuah datang bila orang tu panggil kat atas. Tu pon habis orang tu kena cakar dengan Tuah sebab Tuah takut.


Thanks abang JPA

Dalam 4 orang staff JPA jugalah yang datang. 2 orang panjat, 2 orang lagi jaga di bawah. Sampai sampai Tuah kat bawah, terus pulun makan, lapar sangat sebab seharian kot tak makan. So memang pulun sangat lah. Kami pon pelik juga macam manalah Tuah boleh naik atas, kami agak mungkin dia kena kejar dengan babi/anjing sebab kawasan kami memang ada kadang kadang binatang tu malam malam.


Tuah

Sejak dari tu, baru kami tahu pentingnya Bomba dan JPA haha sebab sebelum ni tak pernah lagi berlaku dekat kami pasal kucing panjat pokok ni. Selama ni kami tengok dekat tv atau berita berita pasal kejadian macam ni. Sekarang ni baru kami tahu macam ni rupanya.

ok thanks for read. korang mesti lagi banyak pengalaman macam ni kan.

3 comments:

Murni Mohd Yusof said...

kesian pulak bila tgok Tuah ni

Kopiolimauice said...

tinggi betul tuah panjant pokok tu mujur takde pape belaku kt tuah kan

Qaseh Vee said...

baru minggu lepas kucing sis panjat pokok sebelah lampu jalan sampai atas . masa tu dia excited tlg tuannya potong pokok . nasib baik dia pandai turun sendiri ... klu tak akan jadi mcm tuah ni juga lah gamaknya .