Friday, March 20, 2015

Majlis Perkahwinan


Assalamualaikum


Oleh sebab esok dah weekend, so semangat nak update kisah  perkahwinan abang minggu lepas pon berkobar kobar. Honestly, memang kami adik beradik tak ambil sangat gambar sebab masing masing sibuk layan tetamu, memang mengharapkan gambar dari photographer dan alhamdulillah gambar perkahwinan dah siap selasa lepas. Cepat kan. So bermulalah sesi pemilihan gambar untuk dikongsi.


Majlis belah abang ni ramai yang datang maklumlah cuti sekolah, orang memang ramai tapi lauk banyak sangat lebih mungkin sebab tetamu makan sikit sikit maklumlah cuti sekolah memang banyak sangat kenduri beratur. Tadi pergi kerja pon seminggu jalan tak jammed, kalau tak biasa memang sangkutlah. Time kenduri nilah kita dapat jumpa kawan kawan parents dan sanak saudara yang jauh.


persiapan kenduri bertemakan merah dan gold






Untuk katering kami gunakan khidmat ED CATERERS SDN BHD. Makanan, hiasan dan services pon cepat dan bagus. Kenduri sebelum ni pon khidmat katering yang sama.


Nasi beriyani

Disebabkan nak cepat dan mudah, so kami decided nak bagi goodie bag berbentuk kek Marble yang ditempah dari RESTU REZEKI BAKERY, Selangor untuk semua tetamu yang datang. Beg kotak pon dah cantik. Kek pon sedap dan tak kering.


kek marble

goodie bag 

deejay






mak dan ayah




makanan pengantin

juadah VIP

Sebelum majlis bermula, majlis dimulakan dengan tahlil. Majlis bermula dalam pukul 11 pagi hingga 4 petang. Alhamdulillah cuaca ok dan tak hujan. Yang paling best masa kenduri mestilah dapat jumpa kawan kawan sekolah yang lama yang sudi hadir. Terima kasih korang. Lama tak jumpa dorang ni.


syaza, maznah, dhi'

naim, dhi', yana, maznah

Seperti biasa gambar family yang semakin bertambah. So tinggallah kami berdua yang masih belum berkahwin lagi.


my famili

Seperti biasa sedikit ucapan untuk mempelai:


SELAMAT PENGANTIN BARU ABANG DAN KAK MINA, SEMOGA SABAR DALAM MENEMPUH KEHIDUPAN BERUMAH TANGGA, DIKURNIAKAN KELUARGA SAKINAH, DIMURAHKAN REZEKI DAN DIKURNIAKAN ZURIAT YANG SOLEH SOLEHAH. INSYALLAH. AMIN

OK Thanks for read. Semua gambar dari photographer.

1 comment:

Nurfaezah Abdullah said...

nak goodie bag tu plss :p