Sunday, March 15, 2015

Noor's Big Day


Assalamualaikum


Alhamdulillah kawan sekelas ataupun kawan sebilik ku selamat bernikah 14 mac semalam. Ramai pula member nikah time praktikal. Oleh sebab dah tahu memang tak dapat pergi majlis kat terengganu, so aku siap siap bagi hadiah sebelum praktikal. Ikutkan hati nak sangat pergi majlis tapi nak buat macam mana majlis serentak pula dengan majlis abang. Maklumlah time cuti sekolah memang banyakla kendurinya. Sedih dan jeles bila dapat tengok kawan kawan berkumpul di majlis siap jadi bridesmaid lagi.


kad kahwin

Disebabkan tak dapat join, nak juga kongsikan sekitar majlis Noor yang dikongsikan oleh member member dalam wasap group sebab sweet sangat tengok tema warna semua, pink silver gitu. Kawan kawan pula jadi bridesmaid dengan tema emerald green dan mustard, striking sangat 11 orang pula tu.


candy buffet dan guest book




Kawan aku ni memang gila pink sampaikan majlis perkahwinan tema pink sesuai dengan orangnya yang sweet. Bertuah ustaz dapat noor sebab noor pandai masak, dan matang orangnya.


hantaran untuk pihak lelaki
Hantaran untuk perempuan




Diapit kakak sendiri


Gambar kat atas kawanku yang baru lahirkan baby boy

pelamin dan kek yang cantik

Sesuai bagai pinang dibelah dua

Pengantin bersama bridemaids

serious jeles dengan korang

Yang bestnya sebab dapat jumpa kawan kawan ada yang dari Kelantan, Selangor, Perak semua. Gigih pula aku menaip malam malam ni padahal kisah semalam. Bukan apa esok dah start kerja so kebarangkalian nak buka laptop time weekday memang critical, so better update awal awal. Semangat dinner cepat cepat padahal orang lain tak habis lagi sebab nak update awal.


Ok sedikit ucapan untuk Raja Sehari


SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK NOORHAYATI DAN USTAZ ZUL. SEMOGA DIKURNIAKAN KELUARGA SAKINAH, DIKURNIAKAN ZURIAT YANG SOLEH SOLEHAH DAN DIMURAHKAN REZEKI. AMIN. 

k Thanks for read. 

1 comment:

mr boroboro said...

cantiknya penganting..dan cantiknya pelamin