Tuesday, March 31, 2015

RECIPES : Crispy Roti Poket


Assalamualaikum


Dekat rumah ni,kalau beli roti mesti tak habis, tapi kalau roti tak ada terasa nak makan pula. So malam semalam pukul 10 dah mengantuk tapi lapar tapi tak tahu nak makan apa, padahal nasi ada saja atas meja. So pergilah buat resepi menggunakan roti yang mudah. Disebabkan tak mampu nak buat Roti Pita, so buatlah Roti Poket menggunakan daging burger. Lagipun breadcrumb memang dah sedia ada di rumah.




Bahan Bahan:


1 biji bawang merah
2 tangkai lada
1 biji telur
2 keping daging burger
sayur campur
breadcrumd
roti




Cara Cara


1) Panaskan minyak, hancurkan daging burger dan masak tanpa minyak sebab nanti daging akan keluarkan minyak sendiri

2) Kemudian, masukkan sayur campur, lada dan lada sulah. Gaul sampai daging masak

3) Untuk roti, ambil 2 keping roti. penyekkan dan tekup dengan bekas bulat.

4) Celup roti dalam bancuhan telur dan bedakkan dengan serbuk roti.

5) Goreng atas api sederhana. InsyAllah roti akan menggelembung dengan sendiri

6) Sejatkan dan gunting roti kepada 2 bahagian. Kemaskan poket dan masukkan daging burger yang dimasak tadi.


SIAP!!!






Lagi cantik kalau hiaskan dengan salad, mayonis, tomato, timun dan sos. Tapi aku tak buat sebab nak bagi tahan lama so masak kering saja. Sesuai untuk juadah pagi dan sedap dimakan panas panas bersama sos. Even makan roti yang baru digoreng dengan breadcrumb panas panas pon dah sedap serta rangup. Kesimpulannya tak adalah membuang saja roti yang tak habis makan kan. Kalau tak ada serbuk roti boleh buat sendiri. Google saja caranya.

OK Selamat Mencuba Thanks for read.

1 comment:

Kopiolimauice said...

sungguh senang n menyelerakan ;p