Wednesday, March 25, 2015

RECIPES : Shepherds Pie


Assalamualaikum


Sebenarnya dah lama teringin nak buat Shepherds Pie. So memandangkan kakak tengah rajin nak masak so requestlah kat dia buat Shepherds Pie. Maka semalam berjayalah kami buat Shepherds Pie lepas beli barang barang yang berkaitan semua. Shepherds Pie ni bahan bahan lebih kurang sama dengan lasagna, cuma Shepherds Pie ni menggunakan kentang.




Bahan bahan:

10-12 biji kentang, sayur campur, 2 sudu besar tepung gandum, 2 stok kiub ayam, 1 tin kecik tomato pes, lada hitam, setengah cawan air susu, cheese, 2 sudu marjerin, 2 biji bawang besar, 5 biji bawang putih, serbuk oregano dan 1kg daging cincang




Cara cara:

1) Panaskan minyak, tumiskan bawang yang dihiris kecil

2) Dah garing, masukkan daging cincang beserta garam. Kacau sampai kering

3) Dah agak masak, masukkan tomato pes, lada hitam,  dan serbuk oregano

4) Masukkan tepung gandum untuk memekatkan

5) Masukkan air rebusan kiub pati ayam dan kacau

6) Last sekali, masukkan sayur campur



Cara buat pie:

A) Pertama sekali, sebelum buat inti kena rebus dulu kentang yang dipotong dadu Dan tambah sedikit garam

B) Dah lembut, lenyekkan kentang bersama dengan marjerin dan lada hitam

C) Kemudian, masukkan cheddar cheese dan gaul

D) Then, tuangkan susu ke dalam kentang

E) Dah gaul, masukkan mozarella cheese

F) Dah siap kemudian sapukan loyang dengan planta, isikan inti daging dan ratakan

G) Dah ratakan, tuangkan kentang yang dilenyek tadi di atas daging dan ratakan dan gariskan dengan garfu untuk lebih menarik

H) Untuk topping, taruk mozarella cheese di atas 

I) Sebelum tu, kena panaskan oven pada suhu 2oo C selama 2o minit. Dah panas, boleh masukkan shepherd pie (bergantung pada oven)


SIAP!!!


Siap dibakar

Siap dipotong

Kenyang sangat kami makan shepherd pie dengan roti sebagai dinner. Cukup untuk 7 orang makan. Sedap dimakan bersama sos.




Kuantiti bahan dan bahan bergantung selera masing masing. Sebenarnya nak letak apa apa pon boleh contoh mushroom ke. Kiub ayam, tepung gandum, sayur, dan serbuk oregano optional. Telur tak guna sebab dah guna cheddar cheese untuk memekatkan.

Ok thanks for read. Selamat mencuba

5 comments:

Ahmad said...

menyelerakan :D (y)

Hafiz Hafizol said...

sangat menyelerakan sekali yaa... \0/

dorsett pink said...

Saya dah lama tercari2 resipi shepard pie ni.. thanks ya

dorsett pink said...

Saya dah lama tercari2 resipi shepard pie ni.. thanks ya

dorsett pink said...

Saya dah lama tercari2 resipi shepard pie ni.. thanks ya