Sunday, March 22, 2015

REVIEW : Biore' Pore Pack


Assalamualaikum


Mengantuk sangat mata baru balik kenduri, esok pula dah weekdays. Sejak kerja ni, jaga muka memang tak yah cakap lah selalu sangat macam chipsmore. Kadang kadang sebelum tidur pon lupa nak cuci muka dan gosok gigi. Teruk sangat perangai sampaikan segala bintik hitam dan putih semua dah bersarang dekat hidung terutamanya. Lepas tu mulalah permukaan hidung kasar dan kenalah picit untuk keluarkan bintik bintik tu.


Tapi picit tulah yang bahaya sebab tangan kita kotor, pegang hidung nanti lagilah kotor. Lagipon kalau picit boleh menyebabkan hidung luka dan berdarah. So kaedah yang paling senang dan mudah dan cepat hanyalah menggunakan mask hidung BIORE PORE PACK. Aku memang jarang pakai mask kat muka tapi disebabkan tiba tiba teringin nak cuba so try dan bestlah pula bila dapat tengok HASIL yang keluar nanti,








CARA PENGGUNAAN:

Basahkan muka/hidung dan terus tempek dekat hidung/permukaan yang bermasalah sampai kering atau selama 10 minit dan bolehlah lihat hasilnya seperti dibawah


banyak bintik putih yang terlekat di mask




Senang dan mudah kan, lepas ni tak payah dah picit atau guna batang yang ada jual kat kedai kedai tu nak picit whitehead.

Selamat Mencuba, Thanks for read

No comments: