Thursday, March 12, 2015

Riwayat Sang Monyet


Assalamualaikum


Dah lama aku tak berkongsi di sini pasal perihal manusia yang berlaku di persekitaran kita. Sebenarnya best sangat tengok gelagat manusia yang bermacam kerenah nak nak sejak aku berpraktikal ni macam macam budaya baru aku jumpa. Ada yang buruk, ada yang baik ada yang tak terjangka pon ada.


Kisahnya bermula bila ada seorang budak trainee ni tak datang kerja, agak hairanlah sebab biasa kalau dia mc, mesti dia bagitahu awal, petang tu baru dapat tahu dari akak s/u yang kereta dia rosak. Keesokannya pula macam biasa sebelum start kerja kami akan bersembang dulu. So bermulalah perbualan kami berdua.


Aku: Morning, camne kereta, dah ok?

Dia : Erm, memang oklah sampai kena hulur 4oo..

Aku: Ye? rosak sebab pe?

Dia : Tak tahulah ni first time rosak tetibe.

Aku: Ooo.. 


Berakhirlah perbualan kami pasal kereta dia. Lepas tu dia tiba tiba mulakan topik baru 


Dia: Nak tahu tak, semalam aku langgar monyet

Aku: Camne boleh langgar, lintas tiba tiba ke?

Dia : Tak pon, sebenarnya dah nampak monyet tu nak lintas dari jauh, 

Aku: Pahtu, lari tak monyet tu?

Dia : langgar jelah dah tak lari pon. dah hon banyak kali dah.

Aku: (terkejut gila) mati tak?? belakang ko ada kereta tak?

Dia : (muka slumber tak de perasaan) matilah, tak de kereta pon kat belakang, tengah lajukan. 

Aku: (dalam hati rasa nak tumbuk je dia) dah tu, ko berhenti tak kereta tengok monyet tu.

Dia : tak pon, teruskan perjalanan je. tapi kuat gila bunyi aku langgar 

Aku: (dalam hati, patutlah kereta ko rosak)


Ya Allah time tu rasa nak kepuk je dia ngan file atas meja aku. Boleh dia langgar saja makhluk yang bernyawa. Memangla monyet tu tak lari, tapi masalahnya dia dah nampak monyet tu dari jauh so apa kata dia perlahan kan kereta dan berhenti kalau monyet tak gerak. Yang paling tak tahan muka dia macam membangga sangat cara dia cakap.


Apalah salah monyet tu, selagi kita boleh elak, elaklah lagipon kereta kat belakang pon tak ada. Kami kalau ada anjing, biawak even burung pon kami sanggup brek ngejut sebab mereka tetap makhluk Allah. Kalau langgar sengaja pon, cubalah alih mayat monyet tu sian dah la kena langgar sengaja, lepas tu terbiar terkangkang atas jalan raya.


kata sang monyet.. 


Mesti monyet tu terkejut gila kan

Bila fikir balik, tengok apa yang Allah dah balas balik atas perbuatan dia. Esoknya dengan tiba tiba kereta dia yang tak pernah pernah rosak, tiba tiba rosak. Ambil ko, lesap RM4OO. Sekejap saja Allah balas. Kalau monyet tu tiba tiba lintas, lainlah cerita. Moga dia ambil iktibar atas apa yang berlaku dan sama sama kita sayangi semua binatang selagi binatang tu tak kacau kita.

sedihnya, kesian family monyet tu. ok thanks for read

2 comments:

insan marhaen said...

Saya pernah terlanggar anjing kat tapah. Lunyai gak bumper depan kereta. Anjing tu lesap entah ke mana dalam hutan.

Tapi perasan, anjing tu terjengket jengket berlari...

Norazlina Idris said...

Isshh ada ek org yg tak berperasaan? Tak paham tak paham....

Nway, feel free to visit my superbchombi.blogspot.com