Friday, April 24, 2015

Committee Annual Dinner


Assalamualaikum


Ingat tak hari tu aku ada post pasal RPCM Annual Dinner di entri ini. So selepas berakhirnya dinner, untuk menghargai semua komuiti yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan dinner, so selasa malam, pengarah pon ajak semua komiti dinner makan sekali di THE DINING ROOM THE ZENITH HOTEL. Dahla time tu kami baru makan petang di Steamboat Super Kitchen dalam entri ini. Malam tu pula terus dinner di Zenith. Alhamdulillah murah rezeki.


Lepas solat maghrib terus siap siap ke Zenith. Masuk masuk rasa macam tak percaya pula dapat makan dekat hotel lima bintang ini. Memang rambang mata sangat nak pilih daripada pelbagai menu utama sampailah ke pencuci mulut. Orang pon tak ramai sangat, so semua jenis makanan aku ambil sikit sikit dan cuba. Last last bagi aku yang paling sedap adalah ABC. Sebab aku memang ABC lover, syok sangat dapat letak macam macam topping atas ABC sampaikan tambah dua kali ABC.




aneka lauk

Bermacam macam jenis kek, sate, buah buahan dan kuih muih disediakan, chocolate fountain pon ada. 






Bagi penggemar makanan laut pon ada, just pilih dan ambil, kemudian bagi chef tolong bakarkan. So malam tu aku ambil pasta, seafood, cookies, kambing dan lain lain, saja nak mencuba makanan yang jarang dimakan. Serious sedap sangat udang dia dan kambing. Staff dekat sana pon baik dan sporting.




Kami makan dalam bilik yang agak tertutup sebab kami ramai, so memang lamalah kami lepak dalam tu sambil bual bual daripada pukul 8 malam sampai 10.30 malam. Memang kenyang dan puas hati sangat, dapat makan makanan hotel. So sebagai tanda kenang kenangan, kami bergambar dulu.



OK Thanks for read. Pen Off

1 comment:

Oneyani Deankayree said...

makanan dinner mmg perghh..