Wednesday, April 8, 2015

JOHORE : Sutera Mall


Assalamualaikum


Lepas kami pergi Tasik Biru, kami decided nak pergi Tanjung Puteri. Rupanya ada dua Tanjung Puteri, satu Tanjung Puteri Golf and Resort, satu lagi R&F Tanjung Puteri. Tapi kami salah waze, kami waze Tanjung Puteri Golf Resort. Alang alang dah sampai, bergambar sajalah. Padahal kami nak pergi R&F Tanjung Puteri yang ala ala Country Garden sikit. 


Tanjung Puteri Golf Resort


Petang tu pula, kami singgah di Sutera Mall untuk solat maghrib dan dinner di Boat Noodle yang baru dibuka. Murah saja, satu mangkuk RM1.90. Ada juga makanan panas disediakan. Nampak macam tak kenyang tapi sebenarnya kenyang kalau makan 3 mangkuk seorang. Selama belajar di Johor, inilah first time pergi Sutera Mall disebabkan Sutera Mall ni mostly memang ramai gila Chinese. Kalau korang nak rasa konon konon duduk Singapura, pergilah Sutera Mall, boleh kira berapa orang saja pakai tudung. Tapi seriously Sutera Mall ni besar dan lebar sangat, banyak betul entrance nye.


Boat Noodle

Alang alang dah pergi Sutera Mall, so pergilah kami cuba main Ice Skating di Skating Rink. Inilah first time main ice Skating. Tiket masuk ice skating ni RM20 for adult termasuk gloves, kasut dan socks. Nampak macam senang tapi sebenarnya susah juga nak belajar. Orang cakap kalau pandai main kasut roda, biasanya pandai main ice skating sebab cara sama. Masalahnya kami ni rollerblade pon tak pernah main. Kalau korang nak main roller blade, boleh main di Skudai Parade. 





tiket masuk



Kalau tak pandai main, boleh minta pekerja sana tolong ajarkan. Berapa kali jatuh bangun jatuh bangun main benda ni tapi best. Tak sejuk pon berpeluh adalah sebab kami baru belajar, kaki pon lenguh. Ice Skating Sutera Mall tak lah besar sangat tapi okla untuk kami yang baru belajar, tapi yang bestnya time tu kami berdua saja main, tak ada orang lain pon. Tiket masuk RM20 untuk sejam pertama main. Lepas tu, kena charge. 



OK Thanks for read.

1 comment:

Kopiolimauice said...

klu sy pon confirm jatuh tegolek hihi tak penah main pon