Tuesday, April 7, 2015

JOHORE : Tasik Biru


Assalamualaikum


Minggu lepas balik UTM kejap nak uruskan segala benda sijil, surat, yuran dan yang berkaitan HEMA dan Fakulti alang alang nak ambil baucer buku sekali. Baliklah sabtu sampai semalam, Isnin. Nasib baik Johor hari Ahad kerja so bolehlah start uruskan hari Ahad dan Isnin, tak adalah aku nak ambil cuti banyak. Serius rindu sangat nak balik JB sebab JB best macam macam benda ada yang boleh mengakibatkan kita pokai ;( lol. Memang sengaja nak balik time budak u cuti mid sem sebab nanti tak adalah crowded sangat. 


Yang tak syoknya pergi time mid sem ni sebab bas tak ada sangat. So nak tak nak terpaksa sewa kereta Ahad tu. Lepas ambil slip, baucer, bayar yuran, petang tu pergilah ajak member bawak pergi jalan JB. Seriously, bandar JB nampak bersih dan cantik sejak Hari Kemahkotaan Sultan Johor yang lepas. So pergilah kami Tasik Biru yang sering disebut sebut lately ni. Kami pun bukannya tahu jalan sangat pon cuma menggunakan waze saja.


Lepas makan dekat AEON Bukit Indah, pergilah Tasik Biru. Nak pergi Tasik Biru ni senang saja ikut saja jalan ke Pasir Gudang, Masai dan cari UniKL Pasir Gudang. Sebab Tasik Biru ni memang betul betul tepi jalan dan depan UniKL Pasir Gudang. Korang kena parking tepi jalan dan kena mendaki bukit sikit. Sebab tu kena pakai kasut dan seluar. Time kami pergi dalam pukul 4 lebih, cuaca masih panas dan hujan sikit so agak lecak dan licin sikit masa nak panjat.


bukit yang kena panjat

Tempat ni sebenarnya kawasan larangan sebab tempat ni sangat terbuka dan bahaya, signboard DILARANG MASUK pon memang ada. Kalau ada orang jatuh dan mati pon tak sedar sebab memang terbuka. Kadang kadang ada juga Polis datang halau orang datang sini tapi ikut luck masing masinglah. Tasik Biru ni bekas kawasan kuari so sebab tu bahaya maklumlah Pasir Gudang kan kawasan perindustrian.








Memang panas, nak ambil gambar pon silau sangat. Dahla dengan berpeluh mendaki naik atas, memang exercise lah kami. So kalau nak pergi better pergi time pukul 5 petang ke atas sebab time tu korang boleh tengok sunset dan airnya akan lebih nampak warna biru. Tapi memang ramai orang dan jammed lah waktu petang. Honestly, aku agak seriau pergi Tasik Biru ni sebab kalau kita cuai mesti boleh terjatuh punya, maklumlah masing masing excited ambil gambar, takut tergelincir jatuh. Moga dijauhkan.




Tempat ni lebih kurang macam Tangkuban Perahu Indonesia. Aku rasa akan datang mesti akan dibuat persekitaran lebih selamat dan jadi kawasan pelancongan. Lepas balik dari Tasik Biru, terus burn kulit muka tangan semua. Tapi memang panas sebab matahari memang memancar dekat atas sampai kena tunduk nak bergambar.

OK Thanks for read.

3 comments:

Kopiolimauice said...

unik tasik biru ni...bleh di jadikan tempat pelancongan..ye la tgok pic tu pon dh tau panas terik nye..

Azlee Amirudin said...

Cantiknya tasik biru ni~~~~tapi nampak panas je pokok kurang eh?

Hanim Husin said...

Dah duduk pasir gudang almost 5 tahun..baru tahu kewujudan Tasik Biru!
Hehehe..Taman Air Biru tahu ler..

But nice view.. =)