Saturday, April 18, 2015

RPCM Annual Dinner 2015


Assalamualaikum


Sebenarnya dah lama nak update pasal Dinner Company minggu lepas, tapi bila tengok balik gambar dinner 1000++, rasa macam malas sangat nak tengok dan pilih. Kesimpulannya just ambil gambar yang perlu saja dan gambar dalam fon sikit walaupun time dinner tak ambil gambar sangat. Alhamdulillah walaupun aku cuma trainee, tapi masih diberi peluang untuk menjadi salah seorang tulang belakang dalam menjayakan dinner ini.


Dinner berlangsung pada 10 April, jumaat malam di Hotel Zenith. So lepas solat Jumaat, kami terus bergegas ke Hotel Zenith untuk siapkan semua kelengkapan dan rehearsel. Tapi malangnya sampai sana dalam pukul 3 petang, aircond memang tak pasang sebab menurut pengurusan sana, aircond akan dipasang bermula pukul 6 petang. Ya Allah time tu memang berpeluh sangat dan tak selesa langsung nak set up semua benda. Ni first time pergi Hotel Zenith dan first time jumpa pengurusan yang terlalu berkira. Last last kami sejukkan diri di East Coast Mall.




Dinner bertemakan CULTURAL NIGHT. So segala aksesori dan hiasan meja berunsurkan 1 MALAYSIA. Kalau perasan hiasan meja di bawah ada bertemakan India, Cina dan Melayu. Dinner berlangsung dari pukul 7.30 malam sehingga 11 malam.  




registration




Seriously makanan dekat Zenith memang banyak dan pelbagai tapi tak berapa nak sedap padahal 5 star hotel kot. Betul kata orang memang makanan di Zenith tak sedap. Last last ramai orang makan dessert saja lagi sedap. Inilah first time dinner diadakan di Zenith dan mungkin last time juga. hehe




Dinner juga diselang selikan dengan persembahan kebudayaan, nyanyian dan juga pertunjukan silap mata seperti di bawah. Tapi seriously simple sangat magic yang magician ini buat.


magic show

Seperti biasa akan ada Cabutan Bertuah untuk 30 peserta bertual, Long Service Award lebih 20 tahun dan juga Best Female Dress, Best Male Dress dan Best Couple Dress.


Calon calon Best Couple Dress

Masa dinner memang tak banyak sangat gambar sebab aku banyak handle registration dan kerja luar. So gambar dengan komiti Dinner pon aku tak ada dekat bawah. Apa apapon Terima Kasih sangat sebab diberi peluang join dinner walaupun sebenarnya dipaksa jadi komiti sebab tak ada orang nak jadi. lol. Tapi apa apapun banyak pengalaman dan dapat belajar benda baru bekerja bersama orang yang lebih dewasa berbanding masa zaman universiti dulu. 


Komiti Dinner

Pasukan kompang yang turut memeriahkan majlis makan malam




Secara jujurnyalah, bagi aku yang pernah handle dinner masa zaman universiti dengan zaman kerja. Aku rasa zaman universiti lebih sistematik sebab semua orang dibahagikan kepada tugas masing masing mengikut gerak kerja setiap unit, dan gerak kerja memang berlangsung 2 bulan awal. Meeting pula hanya diadakan bersama ketua unit untuk menjimatkan masa. Sebab ketua unit memang akan update dengan anak buah masing masing sebelum laporkan ke pihak atasan.

Tapi zaman kerja pula rasa macam tak tersusun langsung sebab setiap orang tak dibahagikan kerja dengan lebih jelas dan gerak kerja berlangsung tak sampai sebulan sebelum dinner. Meeting pula semua orang terlibat dan sangat meleret leret meeting dan membuang masa. Padahal boleh saja dilakukan meeting ketua dengan anak buah saja, dan ketua boleh update dengan pihak atasan. Memang kelam kabut sangat, yang jadi mangsa kamilah trainee kena buat itu ini last minute. huh.

Walaupun banyak yang kurang, tapi tetap best. ok Thanks For Read.

3 comments:

miss eimanhikmah said...

memang pun kalau dah kerja..masing2 lepas tgn..dgn alasan busy

miss eimanhikmah said...

http://nuruleimanhikmah.blogspot.com/

Oneyani Deankayree said...

wahh dinnerr.. meriahnyaaa