Thursday, April 23, 2015

Steamboat di Super Kitchen IM


Assalamualaikum


Selasa lepas memang murah rezeki sangat sebab lepas balik kerja, ada kakak dekat tempat kerja ajak kami ramai ramai cuba makan steamboat yang baru dibuka di Indera Mahkota iaitu SUPER KITCHEN Steamboat and Grill. Lepas tu, malam tu pula ada dinner untuk Annual Dinner Committee yang baru berlangsung dua minggu lepas di DINING ROOM Zenith Hotel. So rezeki yang datang memang tak akan dilepaskan.


So sebelum pergi kerja Selasa tu memang dah bawa baju spare siap siap sebab memang tak balik rumah dah lepas kerja. So memang dah kosongkan perut siap siap tak lunch, just makan ringan ringan saja. So lepas kerja terus bergerak ke Super Kitchen, memang dekat saja dengan rumah. Tapi tak perasan pula baru dibuka bulan March lalu. Dekorasi, hiasan restauran ni memang besar, cantik dan selesa.




Disebabkan kami customer awal sebab nak booking meja besar, so kami sampai awal dan dapatlah ambil gambar persekitaran restoran ini. Berkonsepkan MASTER CHEF dengan tagline SHOCODINE sempena SHOP, COOK & DINE sebab dekat sini first sekali kita akan shopping barang dapur, masak, dan terus makan. Makan dekat sini dikira berdasarkan makanan yang kita ambil ea, bukan Sekepala. So sangat sesuai untuk sesiapa yang makan sikit dan agak rugi untuk sesiapa yang makan banyak seperti aku.




Dekat sini bukan saja boleh makan steamboat dan grill, tapi terdapat juga hidangan BARBEQUE bagi sesiapa yang suka tapi BBQ hanya ada waktu malam saja.




Yang bestnya disini memang lengkap dan layan diri, panas pon tak panas sebab pengaliran udara yang sangat bagus. Dapur pon TOUCHSCREEN, dan terdapat LACI dibawah meja yang mempunyai semua kelengkapan pinggan mangkuk seperti tisu, sudu garfu, mangkuk, pinggan, chopstick dan lain lain. So tak adalah nak kena panggil staf ambil itu ini atau kena bangun ambil semua kelengkapan dekat depan cashier. Sangat convenient dan memudahkan customer.


dapur dan laci

So SHOP dulu di bawah. Memang rambang mata nak pilih makanan dari seafood, aneka mi, sayur, ulam ke dessert semua ada. Kalau tak tahu nak pilih apa, FAMILY SET pon ada. Kalau nak buat kejutan Birthday pon boleh sebab ada kek disini. Staff staff pon sangat sporting dan ramah serta ada rupa, kebanyakan remaja lagi.




dessert

Kita COOK pula. Dapur touchscreen ni sangat mudah digunakan, sebab mula mula staf ni akan ajar kita dulu, lepas tu boleh adjust sendiri api kuat atau perlahan. Then, kita DINE pula. Memang sedap kami lepak disini dari pukul 6 petang sampai pukul 7 petang. 

tom yam dan daging

Dah kenyang, mestilah bergambar dulu. Bagi kami, semua sedap kecuali Tom Yam sebab agak kurang masin dan pekat. Tapi jangan risau boleh minta garam gula atau sos sebagai penambah rasa. Tapi tetap boleh telan dek tekak yang tengah lapar.


selepas makan

OKlah tempat ni sebab tak panas, tak macam steamboat lain yang aku pernah pergi. Tapi overall aku tak berapa nak kenyang seperti makan di steamboat lain. Mungkin sebab dia kira bukan ikut sekepala,  macam Seoul Garden. Kalau ikut sekepala memang melantak sakanlah. Tapi kalau ikut makanan, memang agak teragak agak nak ambil. Tapi bagus juga tak kenyang sangat sebab lepas tu kami ada dinner di Zenith pula. 

OK Thanks For read. Selamat Mencuba SUPER KITCHEN KUANTAN.

2 comments:

aizamia3 said...

eemm.. tak puas makan macam tu.. tapi sesekali oklah kan..

Oneyani Deankayree said...

lama betul dah tak makan steamboat..