Wednesday, May 13, 2015

Black Canyon & Pilot Cafe


Assalamualaikum


Rabu minggu lepas sempena farewell Sofiya sebagai trainee, kami pon pakat pakat nak tengok wayang malam tu nak tengok latest movie PILOT CAFE. So lepas balik kerja, terus pergi jalan jalan dekat East Coast Mall, then terus pergi makan siap siap dekat BLACK CANYON RESTAURANT. First time makan dekat Black Canyon memang sedap sebab aneka makanan lebih kepada hidangan Thai terutamanya Tom Yam yang superb. Disebabkan tak tahu apa yang sedap, so semuanya suruh Piya pilih.  




Minuman order Green Tea Frappe (8.90 MYR) and Honey Lime Frost (8.50 MYR) . Air dia pon sedap berbaloi dengan harga.





Makanan ingat nak pesan Udon, tapi udon dah tak ada so orderlah Kha Nom Jeen Chicken Tom Yam (9.90 MYR) . Lebih kurang macam mihun sikit tapi lebih tebal. Tom Yam ada 2 jenis sama ada Fusili (lebih kurang macam spiral pasta) atau Kha Nom Jeen (macam mihum) dan ada 2 jenis tom yam sama ada Prawn or Chicken. Serius sangat pekat dan sedap Tom Yam nya.


Sofiya

Best lepak dengan Sofiya ni sebab dia ni banyak mulut dan matang. 
So total semua sekali kami berdua makan RM 43.40




Disebabkan lepas balik kerja, memang tak balik rumah so memang dah bawa siap siap baju nak salin untuk malamnya. Tapi tak sempat sebab wayang lepas maghrib. So lepas solat terus bergegas ke Megamall sebab ECM tak provide filem melayu. Nasib baik sempat walaupun tertinggal sikit babak mula mula. Sengaja nak tengok wayang hari rabu sebab Rabu tiket murah berbanding hari biasa. Then, lepas tengok Pilot Cafe, lepak kejap minum minum di Restoran Alif sampailah pukul 11 dan sampai rumah pukul 12 dan esoknya pagi kerja. huhuhu penat


Gossip girl ;)

Dah lama sebenarnya tak masuk wayang so bagi aku Pilot Cafe ni bestlah sebab dia bagi pengajaran dekat orang yang bersalah untuk bertanggungjawab atas perbuatannya. Agak sedih movie ni sebab aku tengok kiri kanan orang sebelah semua mengalirkan air mata tapi sadis sebab tak dapat nak hayati filem ni sebab mengantuk dan terlalu sejuk aircond dekat dalam. 

OK Thanks for read.

2 comments:

ezyra daniel said...

tomyam thai memang sedap kan.. alahaii fevorite ni.. tgk preview pilot cafe tu macam best je..

Oneyani Deankayree said...

wah bestnyaaa.. boleh tahann hargaa.. hihih