Friday, May 1, 2015

DIAgnosis Seeker


Assalamualaikum


SELAMAT HARI PEKERJA!!!


Cuti memang sangat dinantikan terutamanya trainee ni, praktikal memang best tapi yang tak bestnya sebab kena menghadapi 8 jam berada di pejabat setiap hari bekerja. Tadi keluar pergi bandar kejap, rambang mata kejap sebab banyak pula SALE sempena LABOUR DAY ni. So pergilah kami memeriahkan sekali dan menghabiskan sekali duit ke SALE. Lagipon alang alang nak berbelanja buku dengan menggunakan BAUCAR BUKU. 


Tapi semua kedai buku dekat mall Kuantan semua tak ambil atau sold out Buku DIAgnosis yang hot seller tu. Rasa nak terus pergi KL je pergi bermacam macam pesta buku dekat sana. Sebenarnya nak cerita yang Alhamdulillah aku baru selesai buat pembentangan untuk latihan industri ni. Secara keseluruhan aku rasa memang tak tahulah macam mana markah sebab nasiblah dapat evaluator yang detail dan strict, mungkin silap aku jugak sebab ambil mudah saja.




Mostly student lain kalau present mesti akan ada supervisor atau manager syarikat yang boleh back up student kalau ditanya soalan yang lebih kepada company. Tapi aku sebaliknya time present just aku dan evaluator, so memang kena hentam dengan soalan yang kadang kadang tak terfikir sebab kami lebih fokus kepada projek Latihan Industri berbanding isu lain. Lepas present lah, baru my firm supervisor masuk sekali dan bolehlah cover sikit tentang aku. Erm rasa macam tak nak fikir balik pasal presentation tu, sekarang just nak fokuskan cepat cepat siapkan report dan log book dan hantar ke evaluator.


daripada fikir balik pasal presentation, baik selfie dengan Kucing kan. :(
OK Thansk for read. Btw, ada tak mana mana kuantanesse yang tahu kedai buku mana yang jual BUKU DIAgnosis di area Kuantan? Do inform me ya :)

3 comments:

Ahlam Miera Shafie said...

gud luck!!! comelnya kucing dia.. hehe

Madiey Fazudin said...

Also searching for Diagnosis 2 however all the bookstore claimed that sold out sudah. T T

Obat Penyakit Wasir said...

salam kenal mbak :) sukses terus