Sunday, May 24, 2015

RECIPES : Keria Kentang


Assalamualaikum


Tadi mak suruh rebus kentang, so agak peliklah kenapa nak kena rebus kentang. So rupanya mak nak try buat KUIH KERIA guna kentang instead of keledek. Jadi aku pon ambillah kesempatan nak belajar buat keria sebab sebelum ni pernah try guna keledek saja. Rupanya lagi sedap dan lembut keria bila guna kentang tapi agak leceh sikitlah masa nak bentukkan doh sebab lembut sangat. Tapi sedap tau berbanding guna keledek. =)




Bahan bahan:

10 biji kentang
1 1/2 sudu besar garam
2 cawan tepung gandum
Gula kastor 




Cara Cara:

1) Kupas kentang dan rebus kentang sampai betul betul empuk

2) Lenyekkan kentang, masukkan tepung gandum dan garam. 

3) Adun doh sampai sebati. Kalau rasa doh masih lembik /  melekat, boleh tambahkan lagi tepung sedikit.

4) Bentukkan doh. Pastikan tangan bertepung untuk elakkan doh melekat

5) Panaskan minyak, goreng sampai keperangan

6) Dah goreng, sejatkan dulu sebelum tabur dengan gula kastor.


SIAP!!!




Sebenarnya kalau ikut sebenarnya, kena masak air gula untuk sira keria. Tapi disebabkan tengah rushing parents nak buka puasa dan malas nak masak air gula, so just taburkan dengan gula kastor masa keria masih panas supaya gula cepat cair. Nampak macam donat, tapi keria. Serius lembut sangat keria kalau guna kentang.



OK Thanks for Read. Selamat Bekerja Esok =(

4 comments:

Nur Raihanah said...

wahhhh sedappp!

miss eimanhikmah said...

boleh cuba nih!

zarul farhana said...

xpernh buat lagi guna kentang.. slalu merah tu ja

cik hani said...

keria kentang tak pernah try lagi.. suami suka keria keledek..

pasni boleh try guna kentang pulak..
kalau kentang ada je kat rumah