Saturday, May 16, 2015

RECIPES : Peanut Butter Brownies


Assalamualaikum


Ya Allah tak sabar sangat nak habis intern, lagi sebulan lagi. Weekend ni memang ingat nak siapkan report praktikal sebelum submit 2 minggu lagi dan nak update log book. Tapi biasalah kita merancang. Nak dijadikan cerita, tertinggal pula pendrive dekat workplace, so punya tak tahu nak buat apa so pergi try resepi mudah alang alang bahan semua dah sedia ada di rumah. So decided nak buat PEANUT BUTTER BROWNIES resepi dari Cik Epal tapi olah sikit sebab tak ada Nutella.


Sebenarnya dah lama usha nak try resepi ni tapi disebabkan malas dan rajin tu masalahnya. Lagipon alang alang peanut butter dekat rumah memang jarang berusik, jadi dari membazir so manfaatkanlah buat benda lain. Lagipon ini kali pertama aku nak try masak guna oven sebab selama ni kalau guna oven memang akak aku yang bakarkan. O rupanya senang saja guna oven, sangat cepat dan mudah. Senang saja resepi ni hanya menggunakan 4 bahan.




Bahan Bahan:


2 biji telur
1/4 tin susu pekat (ikut manis)
 5 sudu besar Peanut Butter with Chocolate Stripes (suhu bilik)
5 sudu besar Tepung Gandum / Serba Guna / Naik Sendiri




Cara Cara:


1) Basuh telur, masukkan telur dan peanut butter ke dalam bekas

2) Putar guna stand mixer telur dan peanut butter sampai sebati / guna garfu pon boleh

3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis 5 sudu dan kacau sebati

4) Masukkan susu pekat manis dan putar sebati (kalau terlalu kering, boleh tambahkan lagi susu)

5) Dah siap adunan, sudukan paras paras dalam bekas aluminium kecil / kertas muffin sebab nanti akan mengembang

6) Bakar dalam oven selama 200 C selama 15 minit bergantung oven masing masing. Boleh cucuk dengan lidi untuk tahu masak ke tidak atau tunggu sampai brownies merekah.


SIAP!!!




Mini Brownies ni crunchy di luar tapi lembut di dalam. Untuk Hiasan, boleh hiaskan dengan lebihan peanut butter bersama kacang badam / manik hiasan / coklat chip. Tapi disebabkan aku tak ada semua bahan topping tu, jadi hiaskan dengan Whipping Cream di atas Brownies. Sebenarnya brownies lagi sedap letak butter tapi tak letak pon ok cuma bantat sikit la. Dah nama resepi mudah dan tak payah nak susah susah basuh bekas butter yang melekit lekit tu kan. haha


Mini Brownies with Whipping Cream




TIP

Kalau ikut resepi asal, boleh saja guna 1 biji telur dan tanpa susu pekat. Tapi disebabkan tekstur peanut butter ni tak macam Nutella yang lebih lembut dan manis, so better guna 2 biji telur dan susu pekat sebab peanut butter ni teksturnya agak kasar dan kurang manis. Even aku yang guna sesuku tin susu pekat pon tetap tak rasa manis sangat. Nasib baiklah whipping cream yang manis ala ala aiskrim vanilla ni boleh cover rasa brownies yang kurang manis ni. LOL

OK Thanks for read, Selamat Mencuba

1 comment:

cik violet said...

alahai. mcm sedap je ni... :)