Tuesday, June 2, 2015

Bowling Competition


Assalamualaikum


Rabu 27hb lepas, berlangsungnya satu acara Pertandingan Bowling antara RPCM dengan Perkeso dan Jabatan Imigresen. Boleh dikatakan friendly match jugalah untuk mewujudkan external affairs antara ketiga tiga company. Acara bermula pukul 8 malam sehingga pukul 10.30 malam dimulai dengan pendaftaran peserta. Pendaftaran peserta penting sebab nak pastikan setiap kumpulan ada cukup pemain. Kalau tak, tak adalah nanti satu kumpulan seorang saja bermain sebab yang lain tak datang. Untuk lebih adil, setiap kumpulan diwakili dari setiap company berbeza.


tentatif

Masa pendaftaran, peserta diberi goodie bag berupa Mug RPCM sebagai kenang kenangan. At least kalau tak menang pon, tetap ada souvenir dari RPCM.


Goodie bag berupa mug

Pertandingan berlangsung di Kuantan Plaza berdekatan dengan Mydin dan The Store. Nak masuk sini agak menakutkan jugalah sebab kawasan macam tak ada orang, tapi kat atas meriah saja. Sini memang popular bagi peminat bowling sebab lebih besar, selesa berbanding Megamall. Masuk ni kali kedua aku main bowling selepas last masa form 3 tak silap. Memang main baling saja, nasib baik ada juga strike. =)


hamper untuk pemenang


staff dari Jabatan Imigresen dan Perkeso




Bowling nampak macam simple tapi sebenarnya lama dan penat main bowling sebab aku tak reti main, so aku rasa macam bilalah nak habis ni. Kalau yang reti main mungkin rasa biasa. Selepas habis 2 game main bowling, so memang lapar sangat perut siap berbunyi masa tengah main lagi, terus menjamu selera antara juadahnya adalah mihun goreng, kuih muih dan buah buahan sementara menunggu markah dikira.




Yang paling best walaupun tak menang hadiah kategori Low, Middle dan High, tapi alhamdulillah menang cabutan bertuah. At least dapatlah bawa balik hamper sebagai bukti untuk bawak balik ke rumah tunjuk kat mak ayah seolah olah menang main bowling.. haha.. Lepas habis acara penyampaian hadiah, macam biasa acara bergambar pula beramai ramai sebelum pulang ke rumah untuk kerja esoknya. Lepas bergambar, kemas kemas sikit, terus pulang ke rumah. 


ok Peace

 Overall, best rupanya main bowling ini sebab dapat tengok macam macam gaya orang main bowling dan dapat belajar macam macam.

OK Done. Pen off

1 comment:

Nurfaezah Abdullah said...

asal main bowling wajib masuk longkang bola bowling hahaha