Saturday, June 20, 2015

Industrial Training Farewell


Assalamualaikum


Masuk hari ini, dah seminggu habis praktikal. Dah seminggu baru nak update pasal FAREWELL minggu lepas. Khamis minggu lepas, after balik kerja staff staff bahagian department aku decided nak buat makan makan di Restoran Sara Thai Balok. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, terus aku angguk setuju sebab maklumlah lepas kerja memang konfirm lapar sangat. So dalam pukul 5. 30 petang sampailah 7 malam kami hang out bersama.




Waktu praktikal memang best dan ada juga tidak best. Sepanjang hampir 6 bulan di sana, barulah aku tahu dunia sebenar pekerjaan yang sangat mementingkan masa dan kualiti. Banyak sangat benda baru dan baik yang aku belajar bersama orang orang sekeliling yang hebat yang tak pernah jemu memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada budak baru yang baru bertatih seperti aku ni.
TERIMA KASIH SEMUA !!!




Sebagai kenang kenangan, pihak company memang akan memberi cenderahati bernilai RM150 kepada student praktikal da yang paling best kami boleh pilih hadiah apa yang kami nak. Rambang mata nak pilih antaranya Jam tangan, Botol air, Pen, Thumb Drive, Baju sejuk, T shirt, Beg galas dan banyak lagi. So aku cuma memilih windbreaker, 2 thumb drive dan pen. 



OK Thanks for Read. =)

No comments: