Monday, June 15, 2015

ITSMEYOUS Boutique & Cafe


Assalamualaikum


Haritu pergi singgah kejap dekat ITSMEYOUS BOUTIQUE & CAFE memang betul betul berhadapan dengan Pos Laju Bukit Ubi Kuantan. Kalau nak tahu, inilah first butik dibuka di Kuantan yang menggunakan konsep Vendor. Kalau di tempat lain, dah bersepah sepah dah. Bagi aku Butik yang berkonsepkan vendor ini bagus sebab menggalakkan orang ramai terutamanya Melayu untuk berniaga. Banyak sangat perubahan dekat butik ini daripada tak bertingkat sampailah dah bertingkat, punyalah maju butik ini.




Konsep, tema dan dekorasi pon cantik dan menarik sebab menggunakan tema Pink. Butik ini agak jauh dari pusat bandar Kuantan, tapi ramai orang datang sebab banyak jenis barang dan makanan yang menarik dijual di sini. Apabila pengunjung datang, pengunjung perlu letakkan beg di tempat yang disediakan dan gunakan bag IKEA untuk shopping, bagus untuk mengelakkan kes kes yang tak diingini.


photobooth

ruang santai dan makan

pelbagai jenis kasut

pelbagai jenis tudung dan makanan




Butik ini sangat besar dan masih banyak lagi ruang kosong untuk peniaga letakkan barang baru. Masuk masuk butik ini anda akan nampak pelbagai jenis makanan, kasut, aksesori dan tudung dijual. Tapi bila pergi tingkat bawah, anda akan pergi ke bahagian pakaian sebab semua orang tahu pelbagai jenis pakaian dijual dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Rambang mata nak pilih sebab semua harga murah dan berpatutan.


ke tingkat bawah, bahagian pakaian

Datang singgah kejap inipon sebab my sister ada letakkan stok baru Chocolate Chip Cookies, maklumlah dah nak puasa dan raya, so vendor untuk Biskut Raya pon dah banyak dibuka. So kepada sesiapa yang ingin merasa Chocolate Chip Cookies ini, bolehlah dapatkan di Butik Itsmeyous ini ye. Serious sangat sedap, makan sekali pasti nak lagi. Atau boleh 
Wasap 019-9284566. COD Area Kuantan & Rawang.


Chocolate Chip Cookies

new stock




Alamat Butik Itsmeyous:

B810, Ground Floor,
Jalan Bukit Ubi Kuantan,
09-5130796


Landmark Butik Itsmeyous:

Sebelum kubur & bertentangan Pos Laju


Best Place to Lepak Lepak =)
OK Thanks for Read. Pen Off

5 comments:

TunSha Ayunie said...

Ouch... teringin gak nak lepak2 tempat comel camni... satu terapi buat diri yang depress !

Myra Azraff said...

kat tempat saya pun ada vendor baru buka. 1 always feel excited to singgah memana vendor. (padahal cuci mata tengok barang tu je yang best) muahaha

E'in said...

cantiknye boutique nie..

Norazlina Idris said...

Wahhh saya sangat respect org yg berani buka cafe utk bizz ni... Keep up the good work.

Feel free to visit n follow superbchombi.blogspot.com

Aziey said...

nice .. trend skg kan .. buat butik konsep vendor.