Tuesday, June 23, 2015

Koleksi Buku Kegemaran


Assalamualaikum


Bulan lepas puas pusing satu bandar kuantan nak cari buku Diagnosis sebab dulu ambition nak jadi Doktor, tapi disebabkan sains entah ke mana, bedah tikus dan ikan pon rasa macam kesian sangat, so hanya mampu baca pengalaman doktor doktor saja, itupon dah memadai. Tapi sayangnya semua tempat di area kuantan, semua dah sold out buku Diagnosis, ada juga yang memang tak ambil stok buku ini. Time tu rasa macam nak terus booking flight pergi Kinokuniya saja, punyalah nak buku tu. Sampailah hari tu, my sis ada bagitahu yang satu online Bookstore ni ada terima BB1M. 


Mula mula nak pilih buka apa, agak rambang mata jugalah sebab aku ni memang hobi baca buku kalau bosan. Dalam seminggu juga aku tengok setiap satu buku yang dijual sebab nak cukupkan RM150, maka dapatlah 6 buah buku dengan postage RM10. Pelbagai buku fixi, tarbiah sentap semua ada. Yang paling best services pon tip top. Post hari ini, esok dapat tracking number, lusa dah tercegat abang pos laju hon depan rumah. Disebabkan dah baca semua buku ni, nak buat review setiap satu buku yang dibeli.




# DIAGNOSIS


DIAgnosis hasil karya oleh 3 orang doktor iaitu Dr Anwar Fazal, dan sepasang suami isteri Dr Aizzat serta Dr Azah. Buku ini tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor, atau semua yang bekerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat. Gaya penulisan Dr Anwar Fazal lebih ringkas dan mudah manakala gaya penulisan Dr Aizzat dan Dr Azah lebih kepada cerpen panjang. Buku ini merupakan Buku Terlaris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 dan berhalaman sebanyak 142 helai saja dengan harga RM20.


# DIAGNOSIS 2


Selepas DIAgnosis menjadi fenomena, maka terhasillah DIAgnosis 2 yang turut menjadi Best Seller Book of 2014 di PBAKL, MPH dan Kinokuniya semenjak Celebrity Blogger Malaysia turut menjadi salah satu penulis buku ini iaitu Dr Fatin Liyana. DIAgnosis 2 ini masih mengekalkan 3 penulis DIAgnosis dan tambahan penulis lain seperti Dr Beni Rusani, Dr Mahyuddin dan Dr Mafeitz. Buku ini berhalaman sebanyak 359 helai, berharga RM30 saja sesuai dengan kandungan ini yang mampu membuka mata semua bahawa hidup ini hanya persinggahan dan tujuan kita bernyawa adalah untuk menjadi hambaNya.


# PROGNOSIS


Antara semua buku perubatan yang aku sinopsiskan, aku lebih suka PROgnosis sebab ianya berkisarkan tentang perkongsian pengalaman Dr Jacknaim mengharungi cabaran cabaran untuk bergelar dan berkhidmat sebagai seorang doktor. Jadi, buku ini sangatlah sesuai untuk adik adik yang memasang impian untuk menjadi doktor dan yang sedang belajar perubatan. Buku ini menerangkan macam mana Dr Jacknaim menjadi doktor, apa yang mendorong beliau dan satu persatu perjalanan dari zaman sekolah sampailah bergelar doktor. Memang menarik, buku ini berhalaman sebanyak 268 helai muka surat dengan harga RM25.


# SAAT HATI BERDEBAR CINTA


Bagi peminat Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi bolehlah dapatkan buku ini khususnya individu yang sedang dalam proses tak dapat nak kawal perasaan cinta terhadap seseorang. Siapa tak kenal pasangan dakwah ini yang sering mengeluarkan buku mengenai cinta yang sebetulnya dalam Islam. Satu panduan yang baik untuk mengelakkan pasangan kapel sekarang yang terlalu melebih lebih sampaikan mengenepikan hukum Islam, punyalah obses sangat cintanya. Buku ini berhalaman 174 helai muka surat dan berharga RM21 sahaja.


# HIKAYAT CALAQISYA


Hikayat Calaqisya memang best, sumpah tak menyesal kalau beli terutamanya bagi sesiapa yang baru mula nak membuka perniagaan. Buku ini juga menerangkan bahawa kepercayaan sangat penting untuk kedua dua pasangan yang akan membawa kepada kukuhnya sesebuah perniagaan. Siapa sangka rupanya kedua dua pemilik Calaqisya ini  adalah pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang Kimia dari UTM sendiri, my university. Fuh, rasa macam membakar semangat aku dan idea mereka berdua dalam perniagaan mula tercetus semasa menyambung Master dan masih kukuh sehingga sekarang. Buku ini berhalaman sebanyak 216 helai muka surat, berharga RM25 dengan rekaan dan warna yang sangat menarik.


# TARBIAH SENTAP


Tarbiah Sentap memang sentap terutamanya bagi sesiapa yang rasa dirinya dah hebat, dah cukup ilmu sampai tak nak ikut hukum agama. Baca status di Page Tarbiah Sentap pon dah sentap, inikan pula baca buku Tarbiah Sentap lagilah tersentap sentap. Setiap ayat yang ditulis memang kena batang hidung sendiri oleh Ustaz Adnin Roslan ini yang menulis berdasarkan pengalaman beliau. Kagum sangat dengan cara penyampaian dakwah Ustaz ni yang baru berusia 23 tahun, sangat matang dan terkesan ayatnya. Buku ini berhalaman 229 helai muka surat, berharga RM25 dan merupakan Best Seller dimana 10,000 naskhah terjual dalam masa sebulan.


Macam mana nak dapatkan???


Boleh follow Instagram di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Baucar aku masih berbaki RM100 lagi, erm rasa macam nak oder lagi saja buku dekat IG ini. Disebabkan aku puas hati dengan servisnya, sebab tu aku buat review tentang SH_SHOPPE ini.



Ok Thanks for Read =)

5 comments:

athiqi ariff said...

wahh..rajin membaca bagus dia..nt nk pinjam tarbiah sentap blh ke?

Ena said...

seronok membaca..sebab dari situ kita dapt inspirasi dan motivasi..as for me, ena x suka baca novel..rasa buang masa..hehe..btw, salam ukhuwah dr ena...singgah jln2 blog awak.

lynndamya said...

Salam, wahhh review yg bagus... haha kat jb sini banyak buku diagnosis tu..tp bukan kat kedai buku, buku2 tu jual kat butik..hehe..best lah! hebat diorang ni :D

Myra Azraff said...

isk, dalame perati hikayat calaqisya tuu. mesti beli ni !

Ahmad Zaki said...

Banyaknya buku. Bestnya...

ZH Blogger