Friday, June 19, 2015

RECIPES : Begedil Daging


Assalamualaikum


Alhamdulillah dah masuk Ramadhan kedua dah kita hari ini, moga kita diberi kesempatan untuk memperbanyakkan amalan ibadah di bulan mulia ini. Hari ini nak kongsikan cara nak buat BEGEDIL, bagi orang senang saja begedil, tapi bagi aku agak sukar sebab masuk ini dah percubaan kedua aku buat. First tried dulu aku buat, tak jadi sebab minyak terlalu banyak masa goreng so menyebabkan begedil hancur masa goreng. Overcooked sangat. Second tried, menjadi. Boleh guna daging cincang juga.




Bahan Bahan:


2 keping daging burger 
2 biji kentang
Sedikit daun sup / dain bawang
2 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
1 biji telur
Lada hitam dan putih secukup rasa
Garam secukup rasa




Cara Cara:


1) Rebus kentang sampai empuk. Sementara tunggu empuk, boleh goreng daging burger.

2)  Hancurkan daging, masukkan dalam kuali tanpa minyak, masukkan cili dan bawang putih.

3)  Toskan kentang yang dah empuk, lenyekkan dan campurkan daging yang digoreng tadi. 

4) Gaul sebati kentang dan daging, masukkan garam, lada hitam putih dan daun sup/daun bawang. 

5)  Bentukkan adunan menjadi bentuk begedil. 

6)  Panaskan minyak, celup satu satu begedil ke dalam bancuhan telur dan masukkan dalam kuali.


SIAP !!!


Begedil sebagai makanan sampingan

Minta maaflah post time bulan puasa. Boleh cuba begedil ini untuk buka puasa / bersahur nanti. 



OK Thanks for Read. Selamat menunaikan ibadah dalam bulan Ramadhan =)

3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

bergedel ni memang favourite ni...

athiqi ariff said...

nampak mcm besh la..dl xknl benda ni,msk uia hr 2 bru knl & rasa..blh thn!

Jia Rizaira said...

Mungkin minyak tak panas kot tu yg bergedil berminyak..Tapi burgedil ni memang favorat..terutama isinya ikan + ayam...memang terbaik...