Saturday, June 27, 2015

RECIPES : Cekodok Pisang


Assalamualaikum


Alhamdulillah, hari ini dah masuk 10 Ramadhan. Kami kalau berbuka puasa tak adalah beriya sangat, cukuplah ada makanan utama dan sampingan contoh macam kuih muih atau buah buahan. So, tadi buat lah Deep Fried Banana Ball aka Cekodok Pisang. Rasanya semua orang tahu asal nama jemput / cucur / cekodok, mesti semua orang boleh buat punya sebab yang penting mesti ada tepung dan bahan bahan ikut suka hati kita. Tapi tak semua orang buat Cekodok Pisang guna tepung beras kan. Nampak macam sama tapi rasa lain. 




Bahan Bahan


6 biji pisang manis dan masak
1 cawan tepung beras
Garam & Gula secukup rasa




Cara Cara


1)  Lenyek pisang.

2) Masukkan tepung beras. garam dan gula.  

3) Kacau sebati, kalau rasa terlalu lembik boleh tambah tepung.

4) Panaskan minyak, sudukan guna tangan supaya nampak lebih bulat cucur. Goreng sampai keperangan


SIAP !!!




Boleh juga masukkan soda bikarbonat dan air kapur untuk lebih rangup. Boleh guna tepung gandum tapi rasanya dan teksturnya berbeza dengan tepung beras. Cekodok guna tepung beras lebih rangup di luar dan lembut di dalam. Yang best, walaupun cekodok dah tak panas, still lagi lembut teksturnya sebab kalau tepung gandum, memang lembut tapi bila dah tak panas, rasa macam liat pula. Kalau nak campur kedua dua tepung pon boleh =)





Sampai sekarang masih lagi fail nak buat bentuk bulat yang comel. Geram sangat bila tengok mak mak tok tok kita buat cekodok kecik kecik, bulat bulat, erm kiut miut sangat, macam guna mesin je, padahal guna tangan saja. Ok Selamat Berpuasa semua.

Thanks for Read. Pen Off

2 comments:

Amanina Mads said...

memang sedap cokodok !.. jemput join GA kad raya :)

shah said...

baguih tutorial