Wednesday, June 17, 2015

RECIPES : Hash Browns


Assalamualaikum


Kalau pergi McDonald pagi pagi, wajib order hash brown untuk sarapan sebab serius sedap sangat Hash Brown McD. So pagi tadi trylah buat HASH BROWN sendiri, mudah tapi complicated bagi aku. Bahan bahan pon mudah dan sedia ada di rumah. Untuk 3 biji kentang, boleh buat 3 keping hash brown.




Bahan Bahan:


3 biji kentang
Garam secukup rasa
Lada hitam dan putih secukup rasa
1 biji Bawang kecil Holland
Butter/Marjerin untuk goreng


Cara - Cara:


1) Kupas kentang dan rebus 2 biji kentang. 1 kentang lagi jangan rebus

2) Kentang yang sebiji tinggal tu potong halus halus sebab hash brown tak sedap sangat kalau 100% kentang empuk. Boleh juga sagat kentang.

3) Dah empuk, lenyekkan kentang yang direbus bersama kentang yang dicincang halus. Masukkan lada hitam, lada putih dan garam secukup rasa.

4) Potong dadu bawang dan gaulkan bersama kentang. Kacau sebati dan bentukkan seperti burger. Panaskan frying pan, cairkan butter dan goreng atas api perlahan. 


SIAP!!!


My Breakfast. Homemade hash brown



Sebenarnya tak adalah menjadi sangat hash brown aku ni. Tapi oklah at least taklah warna kuning sangat, adalah juga warna hitam hitam sikit. =) Sedap dimakan bersama sosej rebus, scrambled egg, salad dan baked beans. Ala ala western sikit.


TIP:

1) Untuk elakkan bentuk hash brown lunyai masa menggoreng, lepas bentukkan hash brown, simpan dalam freezer supaya keras sikit dan mudah masa nak goreng.

2) Masa goreng, jangan alihkan hash brown selagi bahagian bawah belum masak sepenuhnya dikhuatiri hancur.

3) Better goreng menggunakan minyak paras paras hash brown, sebab takut overcook dan takut bentuknya lerai.
OK Thanks for Read. Selamat Berpuasa esok

3 comments:

Myra Azraff said...

dapnye. boleh torai ni :D

cik hani said...

suka..suka.. nak try nanti.suami suka benda ni. dulu g mcd selalu makan sarapam

Ika said...

Bestnyeee. thanks for sharing. :)