Tuesday, June 16, 2015

RECIPES : Potato Croquette


Assalamualaikum


Semenjak dah habis praktikal ni, rajin pula cari masa nak try resepi baru maklumlah dah tak payah fikir nak pakai baju apa, nak bangun awal pagi, nak kena tidur awal dan lain lain. Aku memang macam ni kalau bosan aku akan cari resepi mudah yang memang dah ada bahan di rumah. Kalau tak ada bahan di rumah pon, aku akan screenshot, hold dulu resepi yang teringin nak buat tu. Maka terjumpalah resepi KROKET KENTANG & DAGING. 


Baru first time dengar perkataan Kroket, rupanya ia berasal daripada perkataan France yang membawa maksud makanan yang mengandungi hirisan sayur, ikan, ayam atau daging yang dibalut dengan serbuk roti. See, dah dapat satu ilmu baru. Ada juga orang buat Kroket kentang dan ayam atau daging cincang. Tapi disebabkan nak mudah, so just guna daging burger.




Bahan Bahan:


2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
1 biji telur
4 biji kentang
Garam dan gula secukup rasa
Lada sulah dan lada hitam secukup rasa
Serbuk roti
3 keping daging burger




Cara Cara:


1) Kupas kentang, potong dadu dan rebus sampai empuk

2) Sementara nak tunggu kentang masak, boleh buat inti daging. Panaskan kuali, jangan letak minyak, kemudian masukkan hirisan daging burger. Kacau sampai daging keluarkan minyak daging sendiri.

3) Bila daging dah hampir masak, masukkan cili dan bawang putih. Kacau sebati dan tutup api

4) Bila kentang dah empuk, toskan dan lenyek kentang. Masukkan inti daging bersama kentang, dan gaul sebati. Masukkan garam gula, lada sulah, dan lada hitam.

5) Bentukkan adunan menjadi bujur.

6) Kemudian, celup adunan ke dalam bancuhan telur dan terus golekkan dalam serbuk roti. Kalau tak nak guna telur, boleh juga guna bancuhan tepung gandum. Panaskan kuali dan boleh goreng sehingga kekuningan.


SIAP!!!




Mudah dan sedap dimakan panas panas bersama sos. Rasanya sedap, teksturnya sangat lembut dengan kombinasi kentang empuk dan daging. Kalau korang penggemar sayur, boleh tambahkan sayur yang korang suka atau lebihkan daging ikut suka masing masing. Kalau perasan, kroket ini macam lebih kurang sama dengan Begedil dan Hash Brown sikit . Untuk adunan ini aku dapat buat sebanyak 17 biji kroket. 


yummy 
OK Selamat Mencuba Thanks for Read =)

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedpanya

Qaseh Vee said...

blh try bulan puasa ni . senang je buatnya ...

Ayu Zan said...

wajib try ni.

Aziey said...

Thanks for the recipe ..kipidap~