Wednesday, July 22, 2015

Koleksi Buku Kegemaran II


Assalamualaikum


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !!!


Ini cerita bulan lepas. Dalam entri ini, aku ada ceritakan yang aku dah habiskan RM150 baucer buku untuk 6 buku kegemaran aku. So masih ada lagi balance RM100 untuk aku habiskan sebelum last date 30 June lepas. Sebenarnya aku tak perasan pon yang baucer dah nak expired, aku perasan pon hari khamis 25 June lepas yang baucer dah nak habis valid. Cepat cepat pergi usha semua online bookstore di Instagram, tapi mostly online bookstore dah tak terima sebab takut tak sempat nak claim. Agak frustrated jugalah sebab boleh bayangkan tak semua online bookstore yang aku jumpa, semua dah tak terima. 


Tapi aku masih usaha sampailah ada satu Online Bookstore ini responded yang dia masih terima baucer. Dalam hati terus riang, dan cepat cepat pilih buku yang berkenan. Yang paling best owner tu pon ramah dan siap suggested kan buku fixi apa yang best sebab aku tak pernah baca buku fixi, lagipon rushing nak pilihkan. Yang paling best juga ada Kombo 3 buku Fixi bersamaan RM50. Paling penting postage FREE. Jumaat 26 June terus aku pos baucer dan alhamdulillah sempat sampai sebelum 30 June. Maka, tergerak hati nak buat review untuk korang yang masih tercari buku apa yang best.




# ASRAMA


Bagi peminat cerita seram memang patut beli buku ini sebab ini bukan cerita seram biasa yang kita selalu baca atau lihat di television. Sebab jalan cerita seram ini memang lain dari yang lain, memang jauh dari apa yang kita jangkakan, dan memang menimbulkan banyak suspend dan memang tak sangka penulis cerita ini begitu kreatif dalam menghasilkan jalan cerita seram yang berbeza. Aku masa baca buku ini di kampung boleh meremang bulu roma dan memang akan baca waktu ramai orang. Buku Asrama ini berhalaman sebanyak 290 saja, salah satu Buku Fixi Seram yang laku di pasaran cuma berharga bawah RM20.


# LARI


Lari mengisahkan seorang anak muda yang mengalami masalah keluarga terutamanya dengan bapak tirinya dan pergi melarikan diri jauh dari keluarga untuk kehidupan yang lebih tenang dan berdikari. Tapi apa yang digambarkan oleh anak muda ini tak semudah yang dibayangkan kerana dunia luar sangat mencabar, Sejujurnya, bagi aku gaya bahasa cerita ini agak berat dan menyebabkan aku mengambil masa yang lama untuk habiskan buku ini disebabkan jalan ceritanya yang terlalu detail dan agak kotor tapi menarik. Buku ini berhalaman 268 saja dan berharga bawah RM20. 


# AWEK CHUCK TAYLOR


Sejujurnya aku bukanlah peminat cerita jiwang sebab memang tak kena dengan jiwa aku. Aku beli buku ini pon sebab nak cukupkan baucer, lagipon Owner tu yang suggested. Tapi bila baca agak menarik juga sebab banyak mengisarkan tentang pencintaan remaja zaman sekarang yang terlalu hanyut dan jauh dari Pencipta, tapi dalam masa yang sama masih mencari hala tuju yang sebenar. Yang paling best cerita ini juga diselitkan Bahasa Inggeris yang mudah yang sering digunakan oleh remaja sekarang. Awek Chuck Taylor yang aku beli ini cover lama, sekarang dah cover baru dan berhalaman hanya 310 saja dan berharga bawah RM20. 


# TERIMA KASIH SI BABI HUTAN


Lepat ini sangat tabah dalam memperjuangkan hak untuk mendapatkan penjagaan anak anak nya. Lepat ini sangat popular di youtube sebab beliau suka kongsi video anak anak nya yang sangat comel petah bertutur dalam longat utagha walaupun anak campuran mat salleh. Buku ini bestseller dan sudah terjual sebanyak 10,000 naskhah dalam msa 10 hari saja. Jangan ingat gaya lepat yang bersahaja itu tidak tahu sangat agama. Gaya penceritaan yang disampaikan Lepat memang diselitkan dengan ayat ayat Al-Quran dan hadis sebagai sokongan. Boleh dapatkan Terima Kasih si Babi Hutan ini pada harga RM25 saja dan hanya berhalaman 217 saja.


# CATATAN MAT LUTHFI


Kalau korang jenis suka curi curi baca diari orang, memang patut beli buku ini sebab korang akan lebih mengenali siapa Mat Luthfi ini. Jujur, aku tak kenal sangat Mat Luthfi ni sebab aku tak suka buka you tube. Hinggalah kawan aku tunjukkan salah satu video dia dan terus aku minat sampaikan terus beli Catatan beliau. Bagi aku, geli hati baca semua pengalaman yang dikongsikan beliau, dan cara penyampaian pun sangat mudah dan menarik dengan gambar yang diselitkan. Barulah aku tahu beza diari lelaki dan diari perempuan yang lebih meleret leret. Buku ini hanya berhalaman 241 saja dan boleh dapatkan Catatan Mat Luthfi ini pada harga RM25. Buku ini Best Seller tau tahun 2015 saja dah sampai Edisi ke 9 dah.




DIAgnosis, DIAgnosis 2, PROgnosis, Tarbiah Sentap, Catatan Mat Lutfhi dan Terima Kasih si Babi Hutan ini juga merupakan MPH Weekly Best Sellers tau seperti di bawah. Alhamdulillah buku buku yang aku pernah beli pon tersenarai dalam Best Seller juga dari no 1 hingga no 6. Kalau nak baca review buku buku yang lepas, boleh tekan link di bawah.




Kalau nak tahu lebih lanjut tentang buku dan promosi yang dibuat oleh Online Book Store ini boleh tengok Instagram FIXIGASM di bawah ini. Online bookstore ini lebih kepada menjual buku buku Fixi dan urban novel, jangan risau buku buka lain pon ada. Servis memang terbaik sebab sampai sampai buku, buku masih cantik terbalut semua dan dibungkus dalam beg plastik yang disediakan.



OK Thanks for Read dan Selamat Hari Raya =)

No comments: