Wednesday, July 29, 2015

Minal Aidil Wal Faizin


Assalamualaikum


Alhamdulillah aku bersyukur sangat kami bekas bekas pelajar SKBM masih berpeluang untuk merapatkan hubungan silaturrahim walaupun sudah hampir 11 tahun meninggalkan alam persekolahan yang super duper best. Ukhuwah yang dibina daripada umur 7 tahun masih dapat dihubungkan melalui media sosial sekarang ini walaupun masing masing dah pindah dan ada komitmen sendiri. Walaupun hakikatnya memang tak rak nak ingat balik semua memori dulu tapi cukuplah masing masing ada kesedaran nak berkumpul dan berjumpa semula.


Jadi, sabtu lepas kami bercadang nak pergi beraya rumah kawan kawan sekolah rendah dulu. Destinasi bermula dari rumah member yang dekat dekat dan berakhir di rumah aku. Mula mula yang pergi beraya kami 5 orang perempuan saja,tapi bila fikir balik why not ajak sekali member lelaki, lebih kecoh sikit kan lagipon aku lagilah lama tak bertemu member lelaki dari dulu. So sementara tunggu member lelaki berkumpul, melepaklah dulu kami di Pantai Balok yang pernah menjadi tempat setia dikunjungi dulu untuk mengabadikan kenangan di sini bersama.


acu, nadia, mira, dila 


orang kuat SKBM

Memang panas dan berangin sepoi sepoi bahasa di Pantai Balok. Memang tak pernah di buat orang pergi pantai tengah hari buta memakai baju kurung dan jubah. Tapi itu semua tak menghalang kami untuk bergelak sakan dan bergembira bersama mengimbau memori yang pernah terjalin suatu masa dahulu.




Alhamdulillah sampai juga mereka di rumah aku, serius memang riuh rendah rumah dek suara dan usik mengusik memasing. Dapatlah menjamu mereka dengan Pulut Kacang beserta Gulai Kambing dan Mi Goreng. Syok sangat tengok kawan kawan kenyang dan gembira. Terima kasih guys sudi memeriahkan rumah kami.


Selamat Hari Raya dari kami!!!


OK SHRMZB, Jangan lupa pusa 6 Syawal ya

7 comments:

Normi Nieza said...

selamat hari raya..:)

Nurzakiah Hanum said...

meriahnyaaaaaaaaaaa

Nor Nasuha said...

acu..senyuman ko sama dgn tshart merah tu.

permatamama said...

wahhh meriah beraya..

Dayana Zahari said...

Wah reunion :)

Arpiiz said...

selamat hari raya jugak, walaupun time komen ni dah raya minggu ke 3..hehee

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

seronok kan bila jumpa kawan lama =)
haritu hazy dah jumpa kawan-kawan jugak. memang meriah .