Thursday, July 2, 2015

RECIPES : Butir Nangka


Assalamualaikum


Semalam belajar buat BUTIR NANGKA dengan emak, boleh dikatakan masing masing belajarlah sebab emak pon baru pertama kali mencuba buat manisan ini. Butir Nangka ini berasal dari negeri Kelantan dan seingat aku kali pertama dan terakhir aku makan bubur ni masa zaman sekolah rendah itupon sebab jiran dari Kelantan bagi. Maklumlah dulu kan budaya balas membalas hidangan kan masih pesat diamalkan berbanding sekarang.


Kalau ikutkan rancangan awal nak buat Buah Melaka, tapi buat kelainan sikitlah sebab bahan bahan nak buat Buah Melaka dengan Butir Nangka lebih kurang sama saja. Yang bezanya berkuah dan tak berkuah, bernyior dan tak bernyior. Rasa bubur ni lebih kurang macam Bubur Cha Cha tapi Butir Nangka ini lebih lemak sikit rasanya sebab ada halba. Semalam berbuka dengan semangkuk bubur ini sangat kenyang seolah olah makan nasi sepinggan. :)




Bahan Butir Nangka


500g Tepung Pulut
6 helai daun pandan
Garam secukup rasa


Bahan Kuah


1 sudu kecil Tepung Beras
Garam dan Gula secukup rasa
1 sudu kecil halba
Santan 
Air




Cara Buat Butir Nangka


1) Masukkan daun pandan yang dikerat kecil bersama air dan kisar sehingga keluar warna pandan.

2) Tapiskan daun pandan yang dikisar untuk mendapatkan air sahaja. Ketepikan

3) Masukkan tepung pulut dan garam ke dalam bekas.

4) Masukkan air pandan sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh boleh dibentuk. Kalau tak cukup air pandan, ulang step 1 dan 2.

5) Gentel doh menjadi bentuk bujur kecil.

6) Didihkan air dan masukkan butir nangka yang digentel tadi. Bila butir nangka dah terapung, baru boleh angkat dan toskan. 




Cara buat Kuah


7) Masukkan santan, sedikit air, halba dan butir nangka yang dah direbus ke dalam periuk.

8) Kemudian masukkan tepung beras, garam, gula dan daun pandan, masak sehingga mendidih dan kacau sentiasa supaya tidak pecah minyak. 


SIAP!!!







Tujuan tepung beras diletakkan sebab nak memekatkan kuah in case kalau santan cair. Tapi kalau santan dah pekat, tak payah letak pon tak apa tepung beras. Boleh juga letakkan sedikit air kapur dalam doh butir nangka untuk tekstur lebih pejal. Nak lagi cantik, boleh pelbagaikan butir nangka dengan pelbagai warna untuk kelihatan menarik. Untuk warna lebih hijau, boleh tambahkan sedikit pewarna dalam air pandan sebab resepi ni kami memang buat warna pandan asli saja.

OK Thanks for Read Selamat Berpuasa =)

2 comments:

miss eimanhikmah said...

Senang nk wat ni...nk wat lah jap lagi..hehehe

cik hani said...

butir nangka memang besttt