Thursday, July 23, 2015

RECIPES : Roti Pizza


Assalamualaikum


Semalam belajar buat Pizza menggunakan Roti biasa saja. Tak plan pon nak buat, tiba tiba my sis cakap nak buat Pizza dan kebetulan semua bahan dah siap ada di rumah. So malam tu terus buat untuk supper kami semua. Mudah, dan cepat saja cara penyediaan nak buat Pizza Roti ini. Sekali makan memang tak rasa macam roti, rasa macam doh Pizza biasa saja. Lagipon roti dekat rumah memang lambat nak habis, so salah satu cara nak habiskan adalah dengan cara buat Pizza Roti. Bahan tabur ikut suka hati, boleh letakkan cendawan, nenas, lada benggala dan lain lain bersesuaian. 




Bahan Bahan:


Keju Keping
Keju Parut
Pizza Seasoning
Parsley
Lada Hitam dan Putih
1 bungkus Roti saiz sederhana
Tomato Puree
Oregano Powder
Marjerin
Kepingan Pepperoni
 Olive Pitted




Cara Cara:


1) Sapukan loyang dengan marjerin, susun roti atas loyang. Guna loyang bulat pon tak apa.

2) Sapukan tomato puree atas susunan roti tadi, taburkan pizza seasoning dan lada sulah

3) Susun cheesedale atas roti

4) Susun pepperoni atas cheesedale. Kalau tak ada pepperoni, boleh letakkan sosej yang dipotong serong

5) Taburkan keju parut atas pepperoni

6) Taburkan olive pitted yang dipotong atas keju parut. Bakar selama 15 minit pada suhu 200 C. Bergantung pada oven masing masing


SIAP !!!


cheese yang banyak



Kuantiti bahan bahan ikut suka hati sebab keluarga kami ini memang sukakan cheese leleh. Nak lebih pedas, boleh taburkan chili flakes atau cicah sos saja. Untuk 1 bungkus roti saiz sederhana, kami dapat buat 2 loyang Pizza Roti. Memang puas hati makan. Kalau 1 bungkus roti saiz panjang mungkin boleh dapat 3 loyang pizza. 

OK Thanks for Read, Selamat Mencuba

3 comments:

namy yul said...

amboi sedapnya,,boleh kita tiru resipi ni =)

shah said...

terbaik tutorial pizza ni

Norazlina Idris said...

waaahhh boleh cuba ni..lagi best !!!

feel free to visit and follow superbchombi.blogspot.com