Wednesday, August 12, 2015

Another Lost...


Assalamualaikum


Lepas aku balik dari Kursus Wanita Lestari di Kelantan selama 3 hari yang lepas, satu rumah dah bising pasal Oren kesayangan kami hilang. Agak pelik juga sebab sebelum, ini Oren tak pernah hilang, sebab Oren memang jenis yang duduk rumah, suka dibelai dan sangat rapat dengan ayahku sehinggakan Oren akan tidur sekatil dengan ayah, sanggup tunggu ayah masuk tidur. Senang kata memang senang sangat jaga Oren, kencing berak pon sendiri dekat luar. Tapi dah cukup 3 tahun kami jaga Oren, dia dah pergi dulu.


Famili dah puas cari semua tempat sampailah pagi Sabtu minggu lepas, abang aku jumpa Oren dalam longkang dah mati. Tak tahu punca apa dia mati sebab dia tak sakit pon, kena langgar pon tak. Kami agak mungkin dia termakan racun sebab mulut dia berbuih. Oren antara kucing yang sihat dan panjang badannya, yang paling sedih sebab memang tak bersedia tiba tiba dia dah tak ada. Ajal memang tiba tiba, sebab tu kita kena sentiasa bersedia. Tahun ni saja dah menyaksikan 3 ekor kucing kami pergi.


kenangan

Kadang kadang fikir balik kucing dulu dan sekarang memang beza, kucing dulu yang pernah kami jaga bertahan sampai belasan tahun, berbeza pula dengan zaman sekarang. Erm same goes to human, mungkin faktor pemakanan dan persekitaran yang berbeza juga. Bila fikir balik rasa dah tak nak ambil gambar kucing sebab ada mitos mengatakan jangka hayat kucing akan pendek jika mengambil gambar kucing. Tak tahulah......


Selamat tinggal Oren :(
OK Thanks for Read =)

6 comments:

Kakzakie said...

Sedihnya...
Tapi itulah perginya dia tak ada dakwa-dakwi
Sekadar menjadi saksi kelak bahawa ada org yg telah berjasa padanya
Ganjaran Allah itu pasti.

cik hani said...

sedihnya..

mesti kucing ni terhutang budi pada orang yeng telah menjaganya.. insyaalah ada pahala untuk orang yang menjaga kucing..

ILA shafila said...

Sedihnya.
Satu yang menarik pasal kucing ni,
depa kalau sakit memang akan hilang tak balik rumah.
Macam kucing adik sy kat kampung, hari ni perasan dia macam sakit ja, petang terus hilang. Jenuh mencari. tiga hari lepas tu tiba2 muncul dha sihat.
Ke kucing kat kampung ja.

Ann Ishak said...

sangat comel oren...dah umurnya panjang tu aje. ada jugak dengar mitos macam tu tapi tangan ni cepat je nak ambik gambar bulus2 tu semua kan

NuSaNa NoSa 91 said...

haaaaa.. samalah.. keen pon tak ambil gambar kucing sebab dengar mitos tu.. ^_^

Ika said...

Kesian die. :(