Sunday, August 9, 2015

Kursus Wanita Lestari Pt I


Assalamualaikum


4 Ogos hingga 6 Ogos lalu, aku dan 7 orang kawan ku berpeluang untuk menghadiri Kursus Wanita Lestari Peringkat Zon Timur 2015 yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang bawah Kementerian Belia dan Sukan. Semua peserta yang terlibat seramai 40 orang iaitu 6 orang dari Terengganu, kami 8 orang dari Pahang dan selebihnya 26 orang dari setiap daerah Kelantan. So dalam pukul 8 pagi kami berkumpul di Kompleks Belia Sukan Pahang, kami bertolak ke Kelantan pukul 10.30 pagi  dan sampai ke Sudara Beach Resort pukul 2.30 petang. 


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Aktiviti pada hari pertama macam biasa lebih kepada ice breaking, pengenalan diri, pembahagian kumpulan, perbincangan nama kumpulan, cheers, logo dan lagu kumpulan. Petangnya pula kami sempat untuk berjalan jalan meninjau sekitar Sudara Beach Resort ini.


receptionist desk

swimming pool yang cantik dan besar

Disebabkan kami sampai lambat sebab kami jauh, so dapatlah kami bilik yang jauh dari dewan, baju program pon dapat yang saiz XL. Satu bilik kami kongsi 3 orang, bilik memang cantik dan selesa.


kawasan resort


2 katil + 1 katil tambahan

Lepas dah bersiap siap merehatkan diri, kami pergi berjalan jalan di tepi pantai sambil menahan pak cik jual ais krim untuk menghilangkan dahaga. Dah lama wei tak makan ais krim sambil menikmati angin pantai sepoi sepoi bahasa. Disebabkan tak tahu nak makan ais krim apa, so pak cik tu suggestkan kami makan Ais Krim Baba yang terkenal di negeri Kelantan. Aiskrim Baba ni campuran aiskrim, roti, pulut dan kacang tanah. Sedappppppp


Aiskrim Baba

Kursus Wanita Lestari ini hanya melibatkan perempuan sahaja dan memang kita bebas, tak payah nak malu malu sangat sebab orang lelaki tak ada. Disebabkan kami peserta 40 orang, so kami dibahagikan kepada 5 kumpulan, satu kumpulan ada 8 orang yang terdiri daripada pelbagai negeri. So nama group kami ialah Hey Ladies. Memang best dan sempoilah korangggg


Group's Logo

Selepas bertungkus lumus memerah idea memikirkan logo, lagu bagai, dan dah present semua, kami pergi menjamu selera di Kafe Sudara Beach Resort. Memang sepanjang program ini kami makan sebanyak 5 kali sehari di Kafe ini, cafe ini pon sangat selesa dan makanan pon semua sedap sangat lebih kepada makanan tradisi Kelantan.


kafe Sudara

antara juadah yang disediakan

Bila perut dah kenyang, sebelum pulang ke bilik siapakan diri untuk program malamnya, kami bergambar kenangan dulu bersama ahli kumpulan dan kawan kawan di pantai. Best sangat angin kuat. Sepanjang program pon cuaca kadang kadang ok, kadang kadang hujan lebat sangat sehinggakan aktiviti yang sepatutnya berlangsung di pantai, terpaksa di batalkan. Hujan memang lebat sampaikan kami yang duduk di bilik hujung ni memang basah lencun sebab payung memang tak ada.


antara peserta pahang yang lain


bersama ahli kumpulan

Banyak sangat aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang program ini yang lebih kepada Hal Hal Wanita yang akan disambung next entri ok..

Pen Off.. Thanks For Read

4 comments:

Maria Firdz said...

lama tak pergi berkursus..

Balas kunjungan dan follow sini.. :)

NuSaNa NoSa 91 said...

bestnya..

makanan sedap..

pemandangan cantik..

tak sabar nak tahu aktiviti-aktiviti lain.. ^_^

ctfand said...

Blogwalking juga.

Yuliana Wahit said...

wahh. gi kursus pluss pakej jalan2 skali.. best2..