Monday, August 10, 2015

Kursus Wanita Lestari Pt II


Assalamualaikum




Kemudian aktiviti untuk hari seterusnya lebih kepada aerobik, ceramah mengenai kesihatan wanita antaranya membincangka mengenai kanser yang sering melanda wanita iaitu Kanser Payudara, Kanser Ovari dan Kanser Pangkal Rahim. Sangat penting pencegahan awal terutamanya kanser pangkal rahim yang memang tiada tanda tanda awal. Seterusnya mengenai keselamatan wanita seperti sentiasa berjaga jaga dengan orang yang tidak dikenali dan pentingnya pertahanan diri bagi wanita. Boleh dikatakan aktiviti kami lebih kepada indoor dan sarat dengan pengisian pada waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. 


Mengantuk jangan cakaplah tapi banyak sangat ilmu yang dapat daripada perkongsian ini dan aktiviti yang paling best bagi kami ialah Grooming Session yang disampaikan oleh salah seorang peserta yang merupakan Beauty Consultant. Mula mula kami diajar cara untuk berhias pada waktu siang dan malam. Kemudian, setiap kumpulan perlu mempraktikkan ilmu kepada salah seorang ahli kumpulan. So kami dikehendaki untuk  make up tema Dinner. Yang paling best setiap seorang peserta akan dibekalkan dengan Goodie Bag dari Avon yang berupa antaranya lipstick, eyeliner, mascara, yang berbeza bagi setiap peserta.


goodie bag dari Avon

Banyak info info yang baru dipelajari antaranya teknik lukis kening yang mudah dengan menggunakan eyeshadow, cara nak shading hidung yang betul, lukis garisan bibir supaya nampak lebih kemas dan sapuan blusher yang betul. Untuk make up dinner, solekan lebih kepada tebal sedikit berbanding waktu siang. 


antara model solekan

Selepas habis sesi grooming, maka beralih pula kepada sambutan Hari Lahir peserta peserta Kursus Wanita Lestari yang lahir pada bulan Ogos. Memang beruntung dan bertuah sangat mereka yang lahir bulan 8 sebab kek dan cupcake ditaja oleh pihak resort sendiri. Mereka yang birthday girl pon sangat terkejut sehingga ada antara mereka yang menitiskan air mata terharu, iyelah disambut dengan kawan kawan peserta yang lain, meriah pula tu. Yang bestnya salah seorang kawan kami dari Pahang pon tergolong sekali. 


Birthday Cake

Birthday Girl.. Anis dan Fadhilah

Keesokannya pula hari terakhir, lepas dah kenyang breakfast, kami pergi membina memori dengan bergambar di tepi pantai Sudara yang tenang lagi sejuk. Nasib baik cuaca baik dan memudahkan perjalanan proses penutupan majlis. 


kami wakil pahang 




cubaan melompat =)

Majlis berakhir dengan ucapan perasmian dan pemotongan kek oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta. Majlis berakhir selepas makan tengah hari dan sebelum bertolak ke Kuantan, kami singgah dulu di Pasar Siti Khadijah untuk beli ole ole. Alhamdulillah kami sampai ke rumah masing masing dalam pukul 11 malam. Memang letih dan best :)


sijil

Kek Penutupan Kursus Wanita Lestari 2015

Sepanjang program yang disampaikan oleh orang kelantan sendiri, memang banyak aku belajar dialek Kelantan. Kalau ada yang tak faham, terus boleh tanya orang sebelah aku yang merupakan orang Kelantan. Seriously orang Kelantan memang comel comel semua, baik, dan ramah dengan senyuman yang tak hilang dibibir. 

Ok Thanks for Read. Pen Off

8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnyaaaaaaaaaaaa

Cik Kumbang said...

bestnyaa
melting tgk birthday cake & cupcakes tu aduhai (^_^)

naniey lurviey said...

Bestnye aktiviti pt 2 ni.. Grooming yg best tu :)

Salam kenal.

Wan Nur Najihah Wan Shari said...

semua kek nmpak mnyelerakkan..hehe

Joanna Yunus said...

mama qs follow disini

lynndamya said...

Salam, wahh banyak gila aktiviti, mekap tu boleh bawak balik ke? best2!

Maisarah said...

bestnya..menarik kan

Azi said...

salam singgah dr bini org kelantan. hihi