Monday, August 17, 2015

RECIPES: Baked Macaroni with Sauce


Assalamualaikum


Semalam supper dengan Baked Macaroni with Sauce hasil air tangan kakakku. Buat yang tidak tahu, my sis memang ambil tempahan membuat western food area Kuantan seperti Lasagna, Shepherds Pie, Spiral Pasta dan lain lain. So malam semalam tak tahu nak makan apa, so buatlah hasil lebihan sos sos lasagna menjadi satu hidangan yang mengenyangkan walaupun tidak complete sebab tidak ada cheese. Gambar bahan bahan pon tak ada sebab nama pon bahan sedia ada yang dah masak, so gunalah saja.


Bahan Inti Sos Daging:

3 biji bawang kecik, cendawan butang, daging cincang, tomato puri, sos spagheti, lada sulah, dan garam.


Bahan Inti Sos Putih:

2 sudu besar tepung gandum, 1 gelas air susu, cendawan butang, cheese, garam, dan lada sulah


Bahan lain:

Pepperoni, macaroni, olive pitted, parsley, dan chili flakes




Cara Masak Sos:


A) Masak sos daging. Panaskan minyak sedikit, tumiskan bawang dan masukkan cendawan. Dah garing, masukkan daging cincang beserta lada sulah. Bila daging dah sebati, masukkan tomato puri. Masukkan pula sos spagheti, garam dan gaul sehingga daging masak dan pekat.


B) Masak sos putih. Panaskan sedikit minyak, tumis 2 sudu besar tepung gandum sehingga pekat. Dah pekat, masukkan segelas air susu, cheese, garam dan lada sulah, Masak sehingga kuah agak pekat.


C, D) Rebus macaroni sehingga agak lembut dan toskan.




Cara Hidangan:


1) Tuangkan sos daging dalam bekas, lebih kurang separuh bekas.

2) Lapiskan pula atas daging dengan macaroni sampai penuh bekas.

3) Tuangkan sos putih atas lapisan macaroni tadi. Kalau ada cheese boleh letak cheese supaya lagi kental.

4) Hiaskan dengan pepperoni dan olive pitted.

5) Disebabkan rasa macaroni ni agak tak pedas, so boleh taburkan atasnya dengan chili flakes dan parsley.

6) Bakar pada suhu 200 C selama 20 minit bergantung pada oven masing masing.


SIAP !!!






Disebabkan kami tak ada cheese secukupnya, so dia tak lekat dan nak makan kena cedok macam makan macaroni masak biasa. Lebih kurang rasa macam makan Macaroni Carbonara tapi kami buat ni versi baked, so nak makan kena gaul sendiri. Bahan bahan memang kami tak dapat nak agak, sebab nama pon lebihan kan so korang pandai pandai agak agak sebab terlebih terkurang pon tak apa, western senang tak rumit macam masakan lain.

OK Thanks for read. Selamat mencuba

7 comments:

Farah Waheda Wahid said...

wahhh nampak sedap olahan recipe ni nih... bolehlah cuba...

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya
nak cuba la

cik hani said...

sedapnya..
nak kena try ni..

Fatin Liyana said...

Okayy, tengok gambar saja pun dah terliur. sedapnya ! Boleh cuba buat la nanti :D

Faariis said...

waatkan satu. xreti buat.. hahha

Ain Athirah said...

Wuish... Sedapnya...

Rosmiza Ali said...

Hai acu! datang sini membalas kunjungan sambil follow back.. Tq follow me.. Lapar weyh tgk gambor baked macaroni tu.. Glup2!
RosmizaAli.Com