Saturday, September 5, 2015

IKEA Damansara


Assalamualaikum


Isnin lepas cuti Merdeka kami habiskan masa di IKEA Damansara bersama adik beradik semua. First time aku pergi IKEA. Pergi pula time public holiday, memang sesaklah dengan orang ramainya. Nasib baik kami bertolak awal dalam pukul 9 pagi. Pergi sana pon sebab nak beli barang rumah yang ayah pesan. Kalau tak, tak adanya nak pergi sana selain makan kat sana. Maklumlah single lagi, nak beli home furniture pon tak ada my own house. Serius dekat sana ramai sangat family muda muda yang pergi sana.


Sampai sampai macam biasa akan ambil beg kuning IKEA dulu, ambil pensel, list to buy pamplet dan pita ukur yang memang dah disediakan di depan eskalator di bahagian Showroom. Showroom area lah yang paling ramai orang nak fefeeling ada sudut rumah yang cantik teratur tersusun yang boleh mempengaruhi pelanggan datang membeli barang yang tak ada dalam list mereka. Tak lupa juga dengan orang yang datang hanya nak bergambar. Kalau rasa barang sikit dan ringan, better galas beg kuning saja, tak payahlah nak bawak troli bagai sebab nanti confirm akan terlanggar orang lain.


Jangan lupa ambil barang di atas ni dulu

Memang cantik dan rambang mata sangat nak pilih semua barang, nak ambil gambar setiap showroom pun kena tunggu betul betul tak ada orang. Paling suka sudut hiasan bilik sebab teringin nak ada bilik yang cantik serta ruang tamu yang menarik dan simple.


sudut hiasan bilik tidur

sudut hiasan ruang tamu/ ruang rehat

Syok syok jalan cuci mata nak cari bahagian rak kasut, terjumpa pula dengan deretan anak patung berbentuk sayur sayuran. Nasib baik tak ada anak patung bentuk Meatball, kalau tak dah lama ambil senyap senyap masuk dalam beg kuning.


lampu dan lantern

Lepas dan ambil kod setiap barang dan tulis di pamplet tu, automatik perut yang tak lapar akan jadi lapar sebab kau memang akan lalu bahagian IKEA Restaurant dan Cafe sebelum pergi ke Warehouse area di bawah. Nampak tak pandai kan reka bentuk laluan IKEA, orang yang hampir sesat pon mustahil akan sesat sebab IKEA memang provide arrow sign di floor yang memudahkan pelanggan ikut flow yang betul.


Perut masih kenyang, tapi disebabkan dah namanya pertama kali datang sini so orderlah juga makanan antaranya Meatball, Fish and Chips, Fried Chicken, Almond Cake, and other side dishes. Yang bestnya soft drink and hot drink boleh refill, minumlah puas puasa sebab lepas ni memang akan buat kerja berat sebab nak kena angkut perkakas di warehouse pula.


our not so brunch

Masuk warehouse, sebolehnya bawa troli barang dan kena bergerak lebih cepat dan pantas sebab lepas tu korang kena berebut rebut beratur di kaunter nak bayar. Memang crowded dengan budak budaknya, dah lah kami bawa barang berat dan bahaya, risau pula terlanggar budak budak berkeliaran. Barisan nak bayar memang panjang, nasib baik semua kaunter buka dan memudahkan proses pembayaran.


warehouse area

Dan akhirnya kami berjaya mendapatkan rak kasut 3 tingkat, lantern and candles, lint roller serta lint roller refill. Since kami tinggal serumah dengan kucing kucing, so lint roller sangat berguna untuk kami buang bulu kucing di carpet. Nampak macam entah apa apa saja beli lantern dan candles kan, tapi sebenarnya sangat penting terutamanya masa rumah black out. At least tak adalah kau teraba raba nak cari mancis, lilin yang entah dekat mana mana kau letak tu. Serta lebih selamat dan api pon tak cepat terpadam.




BISSA Shoe Cabinet with 3 compartments = RM129
2x ROTERA Lantern = RM19.90
100 IKEA unscented candles = RM12.50
BASTIS Lint Roller = RM3.50
BASTIS Lint Roller Refill = RM7.50

OK Thanks for read. Pen Off

5 comments:

lia ummiirfan said...

lama tak gi IKEA.. and i love their foodsss.. :))

Tips ibu hamil kekal bertenaga

Ahlam Miera Shafie said...

syoknya shopping2.. hehehe

The Queen said...

Meatball IKEA .I cannot resist thatttt .

:: CIKVIVA :: said...

Nak g ikea..nak g ikea...huhuu

budakbandunglaici said...

dah lama tak pergi ikea