Tuesday, September 8, 2015

Kula Cakes Kuantan


Assalamualaikum




Susulan entri sebelumnya mengenai birthday ayah, so kek yang dibeli untuk ayah ialah Mango Cheese Cake as my dad is a cheese lover. Jadi dekat Kuantan ini yang paling sedap Mango Cheese Cake ialah KULA CAKES saja. So buat pertama kali aku jejakkan kaki di sana. Kula Cakes ini salah satu cawangan bawah Restoran Lila Wadi yang famous di Kuantan. Sementara menunggu kakakku buat tempahan, macam biasa aku akan mengambil gambar sekitarnya.




Bagi aku, dekorasi Kula Cakes ini cantik macam Classis Vintage penuh dengan black and white colour. Bear in mind, harga makanan dan minuman di sini agak mahal sikit sesuai dengan rasanya yang sedap since Kula Cakes ni the only one exist. So tak payah nak expect la bawa RM10 dah boleh beli piece of cake and drinks. 


a variety of cakes



Bawah ini pula dekorasi di tempat makan Kula Cakes. Kula Cakes sangat famous dengan MANGO CHEESE CAKE dan PANDAN COOLER. Memang kalau order dua dua ni, merupakan kombinasi yang sesuai.




Time kami datang ni dalam pukul 4 petang, so memang ramai sangat pelanggan datang. Niat di hati nak bergambar depan basikal tua ni, tapi ramai pula memandang pelik. Mungkin baju aku tak hipster kot. haha




beautifully and creatively mural painted on the wall

Kula Cakes ni memang betul betul sebelah Jalan Besar, so agak susah sikit nak cari parking dan kemungkinan orang tak berapa nak perasan kewujudannya. Thus, korang kena perhati betul betul Kula Cakes Sign di bawah ini.




Kami beli Mango Cheese Cake, Pandan Cooler dan Chocolate Moist. Kalau korang nak tambah accesories untuk kek contoh kami ambil birthday sign untuk cucuk atas kek, kena tambah RM1. For more details, boleh saja tengok IG Kula Cakes.




1 whole Mango Cheese Cake = RM84.80
1 Pandan Cooler = RM4.30
1 piece of Chocolate Moist = RM8.40

OK Have a nice Weekdays. Pen Off

4 comments: